Page 61 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 61

3     ISU 1                                  4
                    ISU                                          ISU





                                                              Gopi  telah  dituduh  menyebarkan  gambar
                                                              pornografi melalui laman sosial. Akibatnya,
                                                              Gopi  dimarahi  oleh  rakan-rakannya  kerana
                                                              mereka menerima gambar tersebut melalui
                                                              akaun  laman  sosial  masing-masing.  Gopi
                                                              berasa terkejut kerana dia tidak pernah
                                                              melakukan perbuatan tersebut. Perbuatan itu
                                                              berlaku di luar pengetahuannya.







                  Kelvin menerima e-mel yang menyerupai
                  laman sesawang bank yang memintanya
                  untuk mengemas kini maklumat akaun.
                  Tanpa rasa ragu-ragu, Kelvin terus
                  mengemas kini maklumat peribadi
                  perbankannya. Beberapa hari kemudian,
                  pihak bank menghubungi Kelvin untuk
                  mengesahkan pengeluaran sejumlah
                  besar wang yang telah dibuatnya.


               Anda telah menerima e-mel seperti situasi    Jelaskan perasaan anda sekiranya berada
               di atas. Apakah yang harus anda lakukan?     dalam situasi Gopi. Apakah perlakuan moral
                                                            yang patut diamalkan oleh Gopi?                  4


               Berdasarkan semua isu di atas, bincangkan perkara berikut:                                   UNIT
               1.  Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang patut anda amalkan.
               2.  Kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika.


               D  Penggunaan teknologi maklumat  dan komunikasi
                   yang tidak beretika turut menjadi punca berlakunya
                   buli siber. Dapatkan maklumat lanjut tentang buli
                   siber dan bentangkannya di dalam kelas.



                                                                           Bagaimanakah anda
                            Langkah Pencegahan Buli Siber.                 menggunakan emosi
                            myhealth.gov.my/cyberbullying                  moral untuk menangani
                            (Dicapai pada 29 April 2019)                   semua isu di atas?



                                                               5.4.1, 5.4.2, 5.4.3, 5.4.4, 5.4.5     53
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66