Page 74 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 74

A  Berdasarkan integriti individu, lakukan sumbang saran tentang dilema moral
                  di bawah.



                            Ravi seorang murid yang baik dan rajin di sekolah. Dia sentiasa membantu
                            rakan-rakannya dalam pelajaran. Rakan baik Ravi, iaitu Thira ingin meniru
                            semasa peperiksaan. Ravi maklum bahawa Thira tidak hadir di sekolah sejak
                            kebelakangan ini disebabkan oleh masalah kesihatan. Dalam situasi ini,
                            apakah tindakan yang patut diambil oleh Ravi? Berikan pandangan anda.







                            Bah Goli seorang yang amanah. Dia merupakan bendahari Kelab Kewangan
                            di  sekolahnya.  Suatu  hari,  adik  Bah  Goli  terlibat  dalam  kemalangan.
                            Keluarganya memerlukan wang untuk merawat adiknya itu. Dalam keadaan
                            terdesak, Bah Goli telah menggunakan duit kelab. Pada penghujung bulan,
                            Bah  Goli  memulangkan  wang  tersebut.  Patutkah  tindakan  Bah  Goli  itu?
                            Berikan justifikasi anda.






                            Dylan seorang ketua pengawas sekolah yang jujur dan bertanggungjawab.
                            Suatu hari, Dylan ditugaskan oleh guru disiplin untuk membuat pemeriksaan
                            di setiap kelas. Semasa membuat pemeriksaan tersebut, Dylan mendapati
                            rakan karibnya telah membawa barang terlarang ke sekolah. Rakannya
                            merayu agar Dylan tidak merampas barang terlarang tersebut dan berjanji
                            tidak akan mengulangi perkara itu lagi. Jika anda Dylan, apakah tindakan
                            bermoral anda? Mengapa?



           5
                                                                          Apabila keadaan
          UNIT                                                            mendesak anda untuk
                                                                          membuat tindakan tidak

                                     Bagaimanakah anda                    berintegriti, apakah nilai
                                                                          universal yang harus
                                     mengurus emosi moral                 ada pada diri anda
                                     dalam setiap dilema                  untuk mengelakkannya?
                                     moral yang dinyatakan?               Jelaskan.




             66                                                                 6.1.3, 6.1.4, 6.1.5
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79