Page 80 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 80
A Teliti maklumat di bawah yang berkaitan dengan Akta Rahsia Rasmi. Kemudian,
jawab soalan yang diberikan.
seksyen 9
9. (1) Jika seseorang dapat masuk atau membantu seseorang lain supaya dapat
masuk ke suatu tempat larangan selain tempat masuk yang dibenarkan atau bagi
maksud mendapat masuk, atau bagi membantu seseorang lain supaya dapat masuk,
ke suatu tempat larangan, atau bagi apa-apa maksud lain yang memudaratkan
keselamatan atau kepentingan Malaysia––
(a) menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa pakaian
seragam tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau pakaian
seragam rasmi yang lain atau apa-apa pakaian seragam yang hampir
serupa dengannya sehingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsu
mengemukakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah berhak
menggunakan atau memakai mana-mana pakaian seragam itu;
(Sumber: Akta Rahsia Rasmi, 1972)
1. Berdasarkan akta di atas, senaraikan contoh perbuatan yang boleh dikenakan hukuman
di bawah akta tersebut.
2. Apakah perkara yang akan berlaku jika undang-undang seperti yang di atas tidak
diamalkan secara tegas di sesebuah negara? Huraikan.
3. Bagaimanakah ajaran agama atau kepercayaan memainkan peranan dalam
pembentukan integriti individu?
B Baca maklumat di bawah yang berkaitan dengan usaha kerajaan untuk
memartabatkan integriti di Malaysia.
Pelan Antirasuah nasional 2019-2023
5 Usaha tersebut menunjukkan kepentingan amalan sikap amanah dalam kehidupan harian.
Huraikan implikasi yang akan berlaku jika usaha kerajaan tersebut diabaikan oleh individu.
UNIT
Pelan Antirasuah Nasional (NCP) merupakan dasar antirasuah yang mencerminkan harapan
tinggi rakyat untuk negara bebas rasuah yang mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban
dan integriti.
(Sumber: Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023, Jabatan Perdana Menteri)
72

