Page 103 - Buku Pengurusan 2021
P. 103
Tingkatan 5
Penyelaras Tingkatan : Puan Suzana binti Mohamed Husain
Kelas 5S : Puan Khadijah binti Mohamad Nordin
Kelas 5T : Puan Suzana binti Mohamed Husain
Kelas 5A : Puan Norhafizah binti Su@Deraman
Kelas 5R : Puan Hajah Zulaifah binti Zainuddin
Kelas 5P : Puan Norazma binti Khairi
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN KELAS
Penyelaras Tingkatan
• Menguruskan perhimpunan batch pada setiap hari khamis.
• Memastikan pengurusan kelas mengikut 3K dan 5S.
• Penyelaras Tingkatan 1 hendaklah memastikan Buku Pendaftaran sekolah dikemaskini oleh Guru
Tingkatan 1.
Pengurusan dan Organisasi Kelas
• Membentuk organisasi yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari
dan AJK Kebersihan serta Keceriaan kelas.
• Guru Tingkatan hendaklah memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif , ceria dan selamat
sepanjang masa.
• Menentukan perkara-perkara yang berikut berada di dalam kelas:
✓ Jadual Waktu
✓ Jadual Bertugas Kebersihan
✓ Senarai Pelajar
✓ Senarai Inventori
✓ Misi & Visi KPM & sekolah
✓ Pelan Kecemasan dan Kebakaran
• Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan
• Melaporkan kerosakan perabot dan peralatan elektrik yang rosak dengan cara mengisi borang
kerosakan di pejabat sekolah.
• Mengurus papan kenyataan kelas.
• Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
• Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid untuk keceriaan
dan kebajikan kelas yang berkenaan. (tidak perlu jika membebankan pelajar).
• Menjadi mentor di kelasnya pada hari Jumaat.
E-Kehadiran dan Buku Pemantauan Kelas
i. Mengisi e-kehadiran sebelum jam 10.00 pagi setiap hari.
ii. Melengkapkan dan mengemas kini semua butir yang dikehendaki dalam APDM.
iii. Memastikan kelas mempunyai Buku Pemantauan Kelas dan memastikan guru mata pelajaran
melengkapkan segala butiran yang diperlukan serta menjamin keselamatan buku tersebut.
Data Peribadi Murid
Guru tingkatan memastikan setiap murid mempunyai:
• Fail Peribadi Murid + Maklumat Profil Murid (Di Bilik Kaunseling).
• Kad Kokurikulum.
• Kad 001/ Kad Kesihatan Murid.
• Maklumat APDM dan input-input berkala yang berkaitan dengan murid-murid.
• Menyediakan Sijil Berhenti / Surat Akuan kepada murid.
Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin
• Menjadi fasilitator kepada murid.
• Mengembangkan potensi murid selaras dengan JERI.
• Prihatin terhadap kebajikan dan kesihatan murid.
99

