Page 90 - Buku Pengurusan 2021
P. 90
• Membuat roll call apabila diarahkan oleh Ketua Warden / Pengetua.
• Membuat pemeriksaan mengejut yang diarahkan oleh Ketua Warden/ Pengetua.
• Membantu pengurusan disiplin dan aktiviti asrama yang lain.
• Mengambil tindakan segera dan mengikut prosedur bagi kes-kes kecemasan.
• Bermalam di Bilik Warden yang disediakan setiap kali giliran bertugas.
• Melakukan Sunday Inspection.
• Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir.
Penguatkuasaan Peraturan Asrama
• Menyelia/ memantau semua aktiviti asrama.
• Menguruskan kebenaran keluar/ masuk penghuni asrama.
• Memastikan pelajar mengosongkan asrama dan berada di lokasi pada masa yang ditetapkan.
• Memastikan pelajar menunaikan solat berjemaah di surau
• Memastikan Piawaian Kualiti Asrama (PKA) dipatuhi.
• Memantau penampilan diri dan sahsiah pelajar.
Penyediaan Laporan
• Menyediakan Laporan Warden Bertugas pada setiap hari bertugas dan menyerahkannya pada Ketua
Warden.
• Mengadakan pemeriksaan dan menyediakan laporan yang disenaraikan.
• Menyemak dan mengambil tindakan terhadap setiap laporan yang diterima.
• Melaporkan masalah asrama kepada Pengetua/ Ketua Warden.
Kebersihan, Keselamatan, Kesihatan
• Memastikan asrama sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria dan selamat.
• Memantau keselamatan pelajar dan alatan permainan ketika beriadah dan juga di asrama.
• Mengurus rawatan pelajar yang sakit.
• Memeriksa dan mengambil tindakan dan menyediakan laporan pesakit di bilik sakit/ bilik rawatan.
• Mengambil tindakan mengikut prosedur apabila timbul sesuatu masalah seperti disiplin, kemalangan,
keselamatan, kebakaran dan lain-lain.
Kebajikan/ Pengangkutan
• Menjaga kebajikan pelajar seperti masalah pembelajaran, kewangan, sosial dan sebagainya.
• Membantu mengurus pengangkutan pelajar untuk balik bercuti.
• Meningkat kesedaran dan keprihatinan terhadap keselamatan diri dan barang-barang kepunyaan pelajar.
Makanan
• Menilai kualiti dan kuantiti makanan dan mengambil tindakan susulan.
• Merancang dan memastikan peraturan dalam dewan makan dipatuhi.
• Mengambil tindakan segera jika berlaku kes keracunan makanan dengan melaporkan kepada PK HEM/
Pengetua.
• Memantau makanan tambahan yang disediakan.
Tugas-Tugas Lain
• Membantu tugas biro-biro warden
• Melaksanakan arahan pengetua dari semasa ke semasa.
86

