Page 3 - 9. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia MOF - Penubuhan Malaysia - Ilham Berwawasan
P. 3
Cetusan wawasan Tunku Abdul Rahman mengenai pembentukan Malaysia telah
disuarakan oleh Perdana Menteri, Persekutuan Tanah Melayu semasa berucap
dalam satu majlis jamuan makan untuk wartawan di Singapura pada 27 Mei
1961. Tunku berpandangan, Tanah Melayu yang telah merdeka tidak sewajarnya
bersendirian dan terasing. Jalinan kerjasama dan persefahaman dengan
Negara-negara serumpun seperti Singapura dan Negeri-negeri Wilayah Borneo
perlu diwujudkan dalam sebuah gagasan, demi kestabilan politik dan ekonomi.
Pada masa yang sama, ikatan itu mampu menjadi benteng yang berkesan untuk
membanteras ancaman komunis.
Lontaran hasrat beliau mengenai penubuhan Malaysia itu telah mendapat
reaksi positif dari Singapura. Bagaimanapun, ramai juga yang masih kabur dan
keliru terutamanya penduduk di Wilayah Borneo.

