Page 26 - 5. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia - Merdeka Dalam Anjakan Permodenan 20.8.2021
P. 26
Pada tahun 2003, buat julung kalinya sambutan Hari
Kemerdekaan diadakan dengan penuh gilang gemilang
di Boulevard, Dataran Putrajaya dengan disaksikan oleh
kira-kira 350,000 rakyat dari pelbagai lapisan. Ini adalah
sebagai tanda penghormatan kepada Dato’ Seri Dr.
Mahathir Mohamad yang akan melepaskan jawatan
Perdana Menteri Malaysia pada Oktober 2003.
Jumlah penyertaan dalam acara perarakan yang diterima
pada tahun 2003 mencecah sehingga 22,640 peserta.
Dalam acara yang penuh berwarna warni, Kumpulan
Simfoni Rakyat membabitkan 3000 Simfoni Gendang
Rakyat, 2000 Kumpulan Tari dan 1000 ahli koir telah
mempersembahkan gerak tari dan mesej bermula dari
era Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman
sehingga ke zaman pentadbiran Dato’ Seri Dr. Mahathir.
Sambutan kali ini memaparkan kejayaan, keamanan,
keharmonian serta kemakmuran yang telah dinikmati
oleh Negara.
1. Perarakan kereta berhias Permodalan Nasional Berhad semasa sambutan Hari Kebangsaan yang ke-46 di Dataran
Boulevard, Putrajaya pada 31 Ogos 2003. Kereta berhias ini adalah simbolik kepada kejayaan peningkatan penyertaan
bumiputera dalam pemilikan saham Amanah Saham Nasional Bumiputera
2. Perarakan kereta berhias OIC 2003 oleh Kementerian Luar Negara dalam sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-46 pada
31 Ogos 2003 sempena dengan kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Pertubuhan
Negara-Negara Islam (OIC) di Putrajaya pada 14-19 Oktober 2003

