Page 5 - BULETIN IBEST MAC 2021
P. 5

&








       Majlis  Graduasi  dan  Anugerah  Hafazan
       Sekolah-Sekolah  Menengah  Imtiaz  Yayasan
       Terengganu  (Imtiaz)  merupakan  satu  majlis
       yang bertujuan untuk memberi penghargaan
       dan  meraikan  pelajar-pelajar  Tingkatan  5
       yang bakal menamatkan pengajian. Majlis ini
       juga  menunjukkan  pengiktirafan  Kerajaan
       Negeri  dan  Yayasan  Terengganu  kepada
       para pelajar yang telah tamat hafaz 30 juzuk
       Al  Quran  di  Sekolah-Sekolah  Menengah
       Imtiaz Yayasan Terengganu.

       Majlis  ini  merupakan  satu  simbolik  kepada
       mereka  yang  berjaya  agar  sentiasa
       mempraktikkan (mengamalkan) ilmu yang ada
       di samping terus berusaha dengan gigih, tekun
       dan    komited     dalam     menambah      ilmu
       pengetahuan.  Majlis  ini  secara  tersiratnya
       menggambarkan usaha berterusan Kerajaan
       Negeri     Terengganu      melalui    Yayasan
       Terengganu  selaras  dengan  prinsip  Pelan
       Induk  Terengganu  Sejahtera  (PITAS)  2030
       iaitu pembentukan modal insan berkualiti.
       Diharapkan menerusi majlis ini, para pelajar
       Imtiaz  terus  berazam  untuk  mengejar
       kejayaan  yang  lebih  cemerlang,  gemilang
       dan terbilang dalam bidang Al-Quran serta
       Sains & Teknologi di masa yang akan datang.
        Selain itu, pelajar-pelajar tingkatan 5 yang
       telah  menunjukkan  kecemerlangan  dalam
       empat  bidang  utama  turut  diraikan  dengan
       beberapa anugerah berikut:
              i. Anugerah Terbaik Hafazan:
              Anugerah Quranik
              ii. Anugerah Terbaik Akademik:
              Anugerah Ibnu Sina
              iii. Anugerah Terbaik Kokurikulum:
              Anugerah Al Farabi
              Iv. Anugerah Terbaik Personaliti:
              Anugerah Imam As-Syafie
              V. Anugerah Terbaik Kepimpinan:
              Anugerah Muhammad Al Fateh
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10