Page 100 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 100
AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021
KETETAPAN KOKURIKULUM
1 PENYERTAAN PELAJAR.
1.1. Setiap pelajar diwajibkan menyertai tiga aktiviti kokurikulum yang terdiri daripada satu sukan
dan permainan, satu unit beruniform dan satu kelab dan persatuan sebagai aktiviti sepanjang
tahun
1.2. Pelajar hanya perlu memilih ketiga-tiga aktiviti kokurikulum berdasarkan apa yang ditawarkan
oleh sekolah.
2. MASA AKTIVITI
2.1. Aktiviti badan beruniform pada minggu 1 dan 3 manakala kelab persatuan pada minggu ke
2 dan ke 4 setiap bulan pada hari Selasa dari 3.45 petang ke 5.00 petang.
2.2. Aktiviti sukan dan permainan pada hari rabu dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi untuk
pelajar menengah atas dan 9.30 pagi hingga 10.30 pagi untuk pelajar menengah rendah.
2.3. Aktiviti juga boleh dilaksanakan pada setiap hari mengikut keperluan dan keadaan semasa
3. BILANGAN PERJUMPAAN
Bilangan perjumpaan setahun bagi semua pelajar ialah :
i. Sukan dan permainan 12 kali perjumpaan
ii. Unit beruniform 12 kali perjumpaan
iii. Kelab dan Persatuan 12 kali perjumpaan.
4. KOD PAKAIAN
4.1 Aktiviti sukan dan permainan.
- Baju kokurikulum atau baju T sukan atau sekolah dan seluar trek
- Bagi pelajar perempuan yang bertudung hanya tudung sekolah sahaja yang dibenarkan
4.2 Aktiviti unit beruniform
- Pakaian seragam unit uniform masing-masing
4.3 Aktiviti kelab dan persatuan
- Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum atau T shirt sekolah
4.4 Aktiviti luar sekolah
- Baju kokurikulum sekolah atau pakaian seragam sekolah
4.5 Sukan tara dan Merentas Desa dan kejohanan olahraga
- baju T sekolah dan seluar trek bagi pelajar lelaki
- Baju T sekolah atau Baju T berlengan panjang dan seluar trek
4.6 Perhimpunan kokurikulum pada hari Selasa minggu ke tiga setiap bulan
- Pakaian unit uniform lengkap
- Dikendalikan oleh murid sepenuhnya dan diselaraskan oleh s/u kokurikulum
- Guru-guru mesti memakai pakaian unit beruniform
5. PENGURUSAN FAIL
Setiap unit kokurikulum perlu menyediakan fail masing-masing. Isi kandungan mesti
mempunyai perkara-perkara berikut:
i. Visi dan Misi
ii. Perlembagaan
iii. Rancangan Tahunan
iv. Struktur Organisasi
v. Surat penubuhan kelab/persatuan
vi. Senarai keahlian / rekod kehadiran ahli
vii. Laporan setiap aktiviti
viii. Laporan pencapaian /kejayaan ahli
ix. Rekod penilaian ahli
x. Laporan Tahunan
xi. Surat –menyurat
| 88
IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD

