Page 111 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 111
AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021
KETETAPAN BAHAGIAN ULUL ALBAB
A. BAHAGIAN PROGRAM KHAS ASASI IMTIAZ
- Minggu orientasi pelajar adalah selama SEMINGGU, DAN dibenarkan balik kampung setelah
selesai Minggu Orientasi
- Pemantauan dilakukan oleh Kaunselor sekolah dengan agenda yang telah dirangka.
- Dikhususkan kepada semua pelajar tingkatan satu yang memasuki imtiaz selama 6 bulan
- Subjek yang dipelajari sebagaimana yang ditentukan di peringkat Lembaga Pengelola Sekolah
(LPS), Yayasan Terengganu
- Pelajar diwajibkan mendaftar setiap satu Persatuan, Kelab dan badan beruniform
- Pelajar WAJIB mendaftar salah satu kelab Elit sebagaimana yang digariskan oleh pengurusan
sekolah.
B. BAHAGIAN PENGURUSAN AKHI DAN FIRQAH
Firqah :
- Penyelaras akan membuat perancangan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan.
- Ahli firqah MESTILAH terdiri daripada Guru, Kakitangan dan murid
- Yuran firqah akan ditentukan oleh pengurusan sekolah
- Carta organisasi firqah MESTI diwujudkan
Akhi :
- Penyelaras akan membuat perancangan terhadap aktiviti akhi dan ukhti.
- Penyelaras DAN Guru tingkatan harus bekerjasama dalam menentukan akhi ukhti murid
- Akhi MESTILAH terdiri dalam jantina yang sama
- Jumlah akhi adalah maksimum 3 murid.
- Akhi yang dipilih MESTI terdiri daripada pelajar tempatan bersama dengan akhi yang memiliki
jarak kediaman dengan radius sekurang- kurangnya 50 km
- Sebarang bentuk program akhi adalah tanggungjawab akhi mereka
C. BAHAGIAN QURANIK
Guru & Murid :
- Guru halaqah mesti memaklumkan kepada murid tentang peraturan yang perlu dipatuhi
- Guru dan pelajar WAJIB memainkan peranan dalam menentukan perjalanan PdPc Quran
berjalan dengan lancar
- Guru DILARANG sama sekali membawa telefon Pintar (SmartPhone) semasa dalam halaqah
- Guru dan murid WAJIB memastikan amalan persekitaran yang kondusif dalam keadaan
(Sebelum, Semasa dan Selepas)
- Guru WAJIB merekodkan prestasi hafazan murid dengan baik. (Rujuk PKUA / KJ al-Quran) DAN
rekod Hafazan Murid mesti diserah kepada PKUA/KJ AQ setiap minggu untuk semakan
- Masa hafazan & Murajaah pelajar WAJIB dipatuhi sebagaimana surat pekeliling yang sedang
berkuatkuasa
- Guru diberi pilihan @ bebas untuk melaksanakan PdPc Quran di mana-mana tempat, dengan
mengambilkira kesesuaian persekitaran yang lebih kondusif dan selesa.
- Guru TIDAK DIBENARKAN membuat arahan tanpa merujuk kepada pengurusan terlebih dahulu
D. BAHAGIAN ENSIKLOPEDIK & IJTIHADIK
- Perlaksanaan Kelab Bahasa Asing Dan Kelab Elit WAJIB mematuhi peraturan yang dikeluarkan
oleh KPM dan YT selaku LPS
- Keutamaan mesti diberikan kepada kelab yang memiliki Modul Kusus.
- Rekod Kehadiran Guru disediakan oleh pihak sekolah dan Guru WAJIB mematuhi pekeliling yang
dikeluarkan oleh JPN/KPM
- Bayaran elaun dibayar oleh Yayasan Terengganu dengan kadar yang telah ditentukan, dengan
kekerapan juga ditentuan oleh Yayasan Terengganu
E. BAHAGIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN
- Penyelaras MESTI memaklumkan kepada pengurusan sekiranya ada jemputan daripada
komuniti untuk melaksanakan program
- Program dan aktiviti yang dibuat secara dalaman juga MESTI memaklumkan kepada
pengurusan
| 98
IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD

