Page 89 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 89

AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021



                                    KETETAPAN  HAL EHWAL MURID IBEST


            MATLAMAT
            Membangunkan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah
            merealisasikan kelahiran generasi ulul albab


            OBJEKTIF
           •   Melahirkan murid yang cemerlang sahsiah peribadi
           •   Indeks petunjuk prestasi (kpi) 95 peratus kehadiran murid
           •   Sifar kes disiplin
           •   Semangat jati diri yang mapan dan bersatu padu
           •   Merealisasikan generasi “soleh pintar”

            FOKUS

            Budaya penyayang dan empati ke arah pembangunan personaliti yang unggul dan sahsiah murni
            membawa kejayaan sekolah
            PERATURAN AM

           1.  Semua murid hendaklah mematuhi ketetapan peraturan dan arahan di sekolah.

           2.  Semua murid wajib terlibat dalam semua aktiviti sekolah.

           3.  Pelaksanaan, Pematuhan Peraturan dan Pembentukan Disiplin dan Sahsiah murid SM IMTIAZ YT BESUT
              adalah tanggungjawab semua guru kerana ‘Semua Guru adalah Guru Disiplin’.

           4.  Semua guru bertanggungjawab menjaga aspek keselamatan, kesihatan, kebajikan, keselesaan dan
              kesejahteraan murid bagi meningkatkan tahap kecemerlangan murid dari segi akademik dan sahsiah.
           5.  Guru Kelas bertanggungjawab menanda kedatangan murid pada setiap pagi dalam aplikasi pangkalan
              data murid (APDM) selewat-lewatnya waktu kedua@ sebelum jam 9.00 pagi.
           6.  Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah setiausaha Hal Ehwal Murid yang dibantu oleh seorang guru
              bertanggungjawab dalam pengurusan Hal Ehwal Murid merangkumi unit-unit yang berkaitan dengan
              kebajikan, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid.

           7.  Setiap unit di bawah Hal Ehwal Murid mempunyai Jawatankuasa yang bertanggungjawab berdasarkan
              ketetapan bidang tugas dan dikehendaki menyediakan perancangan tahunan.

           8.  Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) berfungsi dan berperanan dalam menangani isu-isu permasalahan
              murid dan warga sekolah berdasarkan Pekeliling dan Arahan yang telah ditetapkan dan sentiasa peka
              dan prihatin terhadap perkembangan psikologi murid melalui perkhidmatan UBK di ICIC.

           9.  Segala tindakan dan dendaan kepada murid perlu dirujuk kepada Pekeliling dan Arahan yang telah
              ditetapkan.

           10.  Agihan Buku Teks kepada semua murid dan memastikan murid menggunakan dan menjaga keselamatan
              serta kebersihan buku-buku tersebut dengan seliaan guru. Agihan buku teks akan dibuat bermula pada 20
              Januari 2021.
           11.  Sentiasa menjaga keselamatan dan kebajikan murid di sekolah.

           12.  Agihan borang biasiswa dan bantuan dilakukan secara adil tanpa prejudis dan pilih kasih.

           13.  Melaksanakan Program Bina Insan yang terarah kepada kemenjadian murid









                                                                                                         | 78
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94