Page 57 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 57

Modul                     :  Modul  7

               Minggu                    :  Minggu 7
               Aktiviti                  :  Penggunaan Pengangkutan Awam
                                            -  Peraturan Menaiki Bas Awam
               Objektif                  :  i.  Menaiki bas mengikut peraturan ditetapkan
                                           ii.  Menjaga  keselamatan  sebelum,  semasa  dan  selepas
                                                menaiki bas
               Bahan                     :  i.  Risalah peraturan menaiki bas
                                           ii.  Bas awam
                                           iii.  Perhentian bas
                                           iv.  Tali pinggang keledar
               Masa                      :  3 jam

               Medium komunikasi         :  Penggunaan  bahasa  isyarat  untuk  MBK  kurang  upaya
                                           pendengaran
               Langkah 1                 :  i.  Murid  dibekalkan  dengan  risalah  tentang  peraturan
                                                menaiki bas.
                                           ii.  Guru  memberi  penerangan  tentang  peraturan  menaiki
                                                bas.

               Langkah 2                 :  i.  Murid dibahagikan dalam tiga kumpulan.
                                           ii.  Murid beratur dalam kumpulan menuju ke perhentian bas.

               Langkah 3                 :  i.  Murid  menunggu  di  tempat  yang  telah  disediakan  di
                                                perhentian bas.
                                           ii.  Murid  menunggu  pada    jarak  yang  selamat  iaitu  di
                                                belakang penghadang di hentian bas.
                                           iii.  Murid  menunggu  sehingga  bas  berhenti  sepenuhnya
                                                sebelum naik.

               langkah 4                 :  i.  Murid  menaiki  bas  secara  teratur  dalam  satu  barisan
                                                mengikut kumpulan.
                                           ii.  Murid menggunakan pintu yang betul iaitu pintu hadapan
                                                semasa menaiki.
                                           iii.  Murid  duduk  dan  memasang  tali  pinggang  keledar  (jika
                                                ada).
                                           iv.  Apabila tiba ke destinasi, murid turun mengikut pintu yang
                                                betul dalam keadaan beratur.
                                           v.  Murid melintas jalan selepas bas beredar dan diterangkan
                                                bahaya sekiranya melintas di hadapan bas.

               Penutup                   :  Murid bercerita semula pengalaman mereka















                                                           49
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62