Page 13 - BUKU MAJLIS MAT PIBG SMATAAP 2020
P. 13
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Yang DiPertua (YDP) memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.
Seterusnya mengalu-alukan kedatangan semua AJK PIBG dan ibu bapa ke mesyuarat
agung PIBG kali ke-18. YDP memaklumkan bahawa sekolah berada di landasan yang
betul dalam beberapa aspek kemenjadian pelajar melalui program sekolah sehingga
melonjak nama pada peringkat kebangsaan. PIBG juga telah banyak membantu dalam
membentuk kemenjadian pelajar di sekolah ini.
2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-17
2.1 Pn. Zunainah bt Mat Jusoh telah mencadangkan minit mesyuarat agung kali ke-17
disahkan dan disokong oleh Pn. Muharita bt Mustafa.
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit
4.0 Membentangkan Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2018 / 2019
4.1 Setiausaha PIBG Pn. Siti Rohana bt Hussin membentangkan laporan aktiviti PIBG
sebagaimana lampiran di buku program Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 (muka
surat 16). Berikut adalah aktiviti PIBG untuk tahun 2018 / 2019 :
LAPORAN AKTIVITI PIBG DAN AKTIVITI-AKTIVITI SEKOLAH DENGAN SOKONGAN
PIBG BAGI SESI 2018/2019
Terdapat pelbagai program yang dijalankan yang melibatkan pelajar dan guru.
Secara keseluruhannya, segala program tersebut melibatkan peruntukkan PIBG sama ada
secara keseluruhan ataupun sebahagiannya.
BIL TARIKH AKTIVITI / PROGRAM
1 31 Disember 2017 Majlis Pendaftaran Tingkatan 1 2018
2 8 Feb 2018 Majlis Tautan Kasih PT3 dan SPM kali pertama

