Page 3 - BUKU MAJLIS MAT PIBG SMATAAP 2020
P. 3

SEKAPUR SIREH DARIPADA PENGETUA

          Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


                 Bersyukur kita ke hadrat Allah swt di atas limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi
          melaksanakan tugas dan tanggungjawab  kita  dalam Mesyuarat  Agung PIBG kali ke-19.Bagi pihak sekolah dan

          seluruh ahli jawatankuasa PIBG SMATAAP saya mengalu-alukan kehadiran tuan/puan tetamu jemputan ke majlis
          kita pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan semua dapat menyuntik semangat dan iltizam kami untuk

          berusaha  meningkatkan lagi pencapaian sekolah ini. Kehadiran tuan/puan menandakan sokongan tuan/puan terhadap
          SMATAAP, dan merupakan satu titik permulaan untuk proses kolaborasi antara sekolah dengan komuniti setempat.


                 Saya  berpendapat  ibu  bapa  yang  hadir  pada  hari  ini  adalah  ibu  bapa  yang  benar-benar mengharapkan

          kecemerlangan sekolah dan juga kecemerlangan anak-anak kerana sesungguhnya penglibatan ibu bapa merupakan
          salah satu faktor pendorong yang boleh menjadi motivasi kepada anak-anak untuk memajukan diri dalam pelbagai

          bidang. Tidak lupa juga, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
          kepada YDP PIBG, Encik Yusran Bin Yakub dan seluruh ahli jawatankuasa lain yang telah banyak membantu pihak

          sekolah samada dari segi meluluskan peruntukan wang sumbangan PIBG, dari segi sokongan moral, buah fikiran
          malah sumbangan tenaga. Tanpa sokongan dan bantuan tersebut agak sukar juga untuk kami para guru mencapai apa

          yang kami hasratkan.


                 Marilah  kita  sama-sama berganding  bahu  dalam  usaha  meningkatkan  kecemerlangan  anak-anak  kita  di
          samping sama-sama memberikan sokongan, dorongan kepada anak-anak kita di sini agar sentiasa menanamkan sifat

          percaya kepada diri sendiri dan sentiasa berusaha menongkah arus, onak dan ranjau untuk meningkat maju dalam apa
          jua  bidang  yang  diceburi.  Janganlah  jemu  membekalkan  anak-anak  kita  dengan  nasihat  dan  dorongan  kerana

          sesungguhnya naluri anak-anak kita sentiasa dahagakan itu semua daripada kita  sebagai orang-orang tua dan yang
          berpengalaman.Tunjukkanlah juga contoh dan teladan yang baik kepada anak2 kita kerana sebagai pemimpin di

          rumah (bagi ibu bapa) atau pemimpin di sekolah (bagi guru-guru) dengan jadikan slogan “Kepimpinan Melalui
          Teladan” itu sebagai motto diri kita.



                 Akhir kalam, bagi pihak seluruh warga SMATAAP saya memohon maaf kepada semua ibu bapa di atas apa
          jua tindakan kami dalam melaksanakan tanggungjawab kami kepada anak-anak tuan/puan.Saya sudahi ucapan ini
          dengan wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt dan salam sejahtera.



          Sekian terima kasih.
   1   2   3   4   5   6   7   8