Page 5 - BUKU PROGRAM PIBG SK PERINGGIT KALI KE-47
P. 5

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
                                                  KALI KE-46/2021
                                SEKOLAH KEBANGSAAN PERINGGIT, MELAKA

               Tarikh         : 30 Oktober 2021 (Sabtu)
               Masa           : 10.00 pagi
               Tempat         : Dewan Sekolah Kebangsaan Peringgit, Melaka( Atas Talian)
               Kehadiran      : 125 orang


               AGENDA:

               1.0 Ucapan aluan pengerusi majlis.
                       1.1 Pengerusi  majlis  mengalu-alukan  kehadiran  para  hadirin  ke  Mesyuarat  Agung
                          PIBG Sekolah Kebangsaan Peringgit kali ke-46.

               2.0 Ucapan Encik Nor Azman bin Hussin , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Peringgit
                       2.1 Ucapan aluan.
                       2.2 Ucapan tahniah kepada semua murid Tahun 6 yang cemerlang 2020.
                       2.3 Ucapan  terima  kasih  kepada  YDP  PIBG,  guru-guru  dan  ibu  bapa  yang  hadir
                          secara bersemuka dan secara atas talian untuk mesyuarat pada hari ini.
                       2.4 Beliau berharap majlis ini dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru-
                          guru.
                       2.5 Beliau mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG dan AJK PIBG yang telah
                          bertungkus lumus selama seminggu bagi memastikan mesyuarat kali ini berjalan
                          lancar.
                       2.6 Seramai 22 orang murid dilaporkan telah dijangkiti Covid-19 dan telah sihat.
                       2.7 Sekolah kehilangan 2 orang pengawal keselamatan kerana dijangkiti Covid-19.
                       2.8 Penglibatan murid sepanjang PDPR sebanyak 95%.
                       2.9 Bagi  pengoperasian  sekolah  3.0,  sesi  persekolahan  dipanjangkan  sehingga  Mac
                          2022 agar murid-murid dapat menguasai semua kemahiran.

                      2.10 Pentaksiran Bilik Darjah yang akan menggantikan UPSR.  Murid-murid diminta
                           untuk hadir ke sekolah supaya guru boleh bimbing dah laksanakan penilaian PBD
                           dengan telus dan berkesan.

                                                                          Tindakan : Guru-guru dan ibu bapa

                       2.11  PBD Sekolah Kebangsaan Peringgit berada di tahap sederhana. Seramai 19.8%
                            murid Tahun 1, 19.2 % Tahun 2, 21.3% Tahun 3, 5.2% Tahun 4, 6.2% Tahun 5
                            dan  4.3%  Tahun  6  yang  belum  menguasai  Tahap  Penguasaan  3.  Ibu  bapa
                            diminta  dapat  menghantar  anak-anak  ke  sekolah  untuk  sesi  bersemuka  bagi
                            mencapai tahap minimum.

                                                                                         Tindakan : Ibu bapa

                       2.12 Hasil pemantauan Nazir, Sekolah Kebangsaan Peringgit didapati telah bersedia
                            menerima murid untuk sesi bersemuka.




                                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10