Page 3 - LAPORAN PRASEKOLAH 2021/2022
P. 3
LAPORAN MINIT MESYUARAT
1. Ucapan aluan dari Pengerusi mesyuarat.
2. Penerangan ringkas tentang tujuan perjumpaan oleh pengerusi mesyuarat kepada Jawatan kuasa
pemilihan prasekolah 2022
Tindakan : Makluman Kepada Semua jawatankuasa
3. Penyelaras prasekolah menerangkan tentang proses pemilihan murid prasekolah iaitu:
- Permohonan prasekolah adalah dilaksanakan secara dalam talian melalui e-prasekolah dan secara
manual yang merupakan pengambilan dan penghantaran semula borang permohonan di prasekolah
sendiri. Unit HEM (Rumiaty Karate) prasekolah akan membantu untuk memasukkan data murid
secara dalam talian (e-prasekolah)
- Jumlah permohonan yang diterima bagi sesi 2022 melalui sistem e-prasekolah ialah 115 (atas talian
105, manual 10)
Tindakan : makluman Kepada Semua Jawatankuasa
4. Penetapan murid yang berjaya dalam permohonan adalah berdasarkan sistem merit pemilihan
kemasukan murid seperti berikut:
- Kohort Umur (40%)
- Pendapatan Berkapita (30%)
- Kewarganegaraan Ibu bapa (20%)
- Jarak dengan sekolah (10%)
Tindakan : Makluman Kepada Semua Jawatankuasa
5. Jumlah merit akan dikira secara automatik dalam sistem e-prasekolah dan akan dipaparkan secara terus
dalam sistem. Aspek utama dalam pemilihan murid yang berjaya juga dipengaruhi oleh status
warganegara murid berserta ibubapa itu sendiri kerana pihak Prasekolah hanya mengambil murid yang
berstatus WARGENEGARA kerana menerima bantuan sepenuhnya daripada pihak kerajaan.
Tindakan : Makluman Kepada Semua Jawatankuasa
6. Penetapan secara rasmi murid prasekolah yang tidak berjaya adalah seramai 3 orang atas sebab:
- 1 bilangan permohonan yang tidak berjaya kerana status warganegara murid yang dikuiri kerana
ibunya dan ayahnya bukan warganegara manakala murid tersebut adalah warganegara. Hal ini telah
dirujuk kepada pegawai meja prasekolah PPD Tawau.Beliau menyatakan untuk mengutamakan
warganegara sahaja dalam permohonan prasekolah.

