Page 259 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 259

252





                             BAB 4 : JADUAL PELAKSANAAN PENGURUSAN


                                              SEKOLAH RENDAH KPM



                  Bab  4  adalah  Jadual  Pelaksanaan  Pengurusan  Sekolah  Rendah  KPM  yang  menjelaskan
                  hubung kait perkara-perkara berikut:

                  a)     Komponen  dan  Subkomponen  Pengurusan  Sekolah  iaitu  pengurusan  dan
                         pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum;

                  b)     Pelaksana Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Portfolio Berjawatan, Portfolio
                         Tanpa Jawatan dan Jawatankuasa;
                  c)     Punca kuasa dan garis panduan sedia ada berkaitan Pengurusan Sekolah yang terdiri
                         daripada surat pekeliling, surat siaran atau rujukan lain seperti buku garis panduan
                         yang diterbitkan KPM; dan
                  d)     Bahagian-bahagian  KPM  yang  menjadi  peneraju  dan  bertanggungjawab  terhadap
                         dasar dan pengoperasian Komponen dan Subkomponen Pengurusan Sekolah.


                  Melalui jadual ini warga sekolah dapat mengetahui pengagihan kerja di sekolah kepada guru
                  sahaja atau AKP sahaja atau kedua-duanya secara kolaboratif. Warga sekolah juga perlu
                  membudayakan amalan merujuk kepada punca kuasa  dan Bahagian-bahagian KPM yang
                  menjadi peneraju program dan aktiviti di sekolah.

                  Jadual ini menggunakan ringkasan kod pelaksana seperti berikut:



                                     H      PORTFOLIO BERJAWATAN



                                      PENGAJARAN DAN PENTADBIRAN (PTA)
                           HR01.      Guru Besar                                              - PGB
                           HR02.      Guru Penolong Kanan Pentadbiran                         - GPKP

                           HR03.      Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid                     - GPKHEM
                           HR04.      Guru Penolong Kanan Kokurikulum                         - GPKKo
                           HR05.      Guru Penolong Kanan Petang                              - GPKPtg
                           HR06.      Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas                     - GPKKh
                           HR07.      Penyelaras Aktiviti Menengah (SR Model Khas K9)         - PAMK9
   254   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264