Page 34 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 34

33





               1.3  PELAKSANA PENGURUSAN SEKOLAH RENDAH KPM


                      Pewujudan  jawatan  penjawat  awam  di  sekolah  yang  terdiri  daripada  Pegawai

                      Perkhidmatan  Pendidikan  (PPP)  dan  Anggota  Kumpulan  Pelaksana  (AKP)  bertujuan
                      untuk  melaksanakan  empat  (4)  komponen  pengurusan  di  sekolah  (Pengurusan  dan
                      Pentadbiran,  Kurikulum,  Hal  Ehwal  Murid  dan  Kokurikulum).  Setiap  jawatan  yang
                      diwujudkan  mempunyai  deskripsi  tugas  masing-masing  dalam  myPortfolio.  Namun
                      begitu, bagi pengurusan di sekolah terdapat tugas-tugas sampingan dan sokongan yang
                      tidak  disenaraikan  dalam  Akauntabiliti  Deskripsi  Tugas  myPortfolio  tetapi  perlu
                      dilaksanakan  oleh  penjawat  awam  di  sekolah  sama  ada  tugas  tersebut  perlu
                      dilaksanakan oleh PPP sahaja atau AKP sahaja atau kedua-duanya secara kolaboratif.


                      Sebagai  contoh  akauntabiliti  guru  akademik  KSSR  dalam  myPortfolio  lebih  menjurus
                      kepada tugas utama guru akademik secara umum iaitu melaksanakan pengajaran dan
                      pembelajaran,  melaksanakan  penilaian  dan  pentaksiran,  melaksanakan  pengurusan
                      kokurikulum,  membantu  pengurusan  hal  ehwal  murid  dan  membangunkan
                      profesionalisme untuk peningkatan kendiri.

                      Selain itu, guru akademik juga terlibat dengan tugas-tugas sampingan yang lain untuk

                      menyokong  tugas  utama  seperti  pengurusan  kelas,  pengurusan  panitia,  pengurusan
                      peperiksaan, pengurusan  kebajikan murid, pengurusan sukan dan sebagainya sehingga
                      diwujudkan Portfolio Tanpa Jawatan (P) dan Jawatankuasa (J) seperti Guru Kelas, Ketua
                      Panitia, Setiausaha Peperiksaan Dalaman, JK Pentaksiran, JK Sukan Sekolah dan JK
                      Pengurusan Sekolah.

                      Sehubungan dengan itu, Pelaksana Pengurusan Sekolah Rendah yang terdiri daripada
                      PPP dan AKP  adalah seperti berikut:
                           (a)   Portfolio Berjawatan (H)

                           (b)   Portfolio Tanpa Jawatan (P)
                           (c)   Jawatankuasa (J)
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39