Page 8 - Surat-Surat dan Pekeliling_Neat
P. 8

JPA

                                                  SIARAN AKHBAR

                   SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2008

                       PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI
                                            AWAM PADA HARI KHAMIS


                   Dalam usaha menyokong perkembangan  dan perkembangan industri batik
                   negara yang merupakan warisan dan  identiti negara, Kerajaan telah
                   memutuskan supaya pakaian batik Malaysia dipakai oleh pegawai awam pada
                   hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan. Untuk meningkatkan keberkesanan
                   perlaksanaan pemakaian batik Malaysia  oleh pegawai awam, kerajaan telah
                   bersetuju supaya hari pemakaian batik oleh pegawai awam  dipinda kepada
                   setiap hari Khamis. Pindaan ini juga melibatkan hari pemakaian fesyen pakaian
                   batik Malaysia alternatif pakaian lelaki seperti yang ditetapkan di perenggan 4,
                   Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006.

                   Arahan pemakaian batik pada setiap Khamis ini tidak terpakai kepada pegawai
                   yang dibekalkan dengan pakaian seragam, pegawai yang  menghadiri acara-
                   acara rasmi seperti persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan
                   pelawat-pelawat asing atau pegawai yang menghadiri majlis rasmi yang
                   menetapkan pemakaian jenis pakaian lain.

                   Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.



                   Unit Komunikasi Korporat
                   JPA
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13