Page 10 - 2.DRAF PERTAMA BUKU PANDUAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN _2020
P. 10
SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU MUDA
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2000 dengan keluasan 2.1 hektar. SMK Batu Muda
yang terletak di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur merupakan sekolah kerajaan Gred B dan
SMK Batu Muda mempunyai 4 bangunan utama. Pada awal tahun pembukaannya dengan
hanya 360 orang bilangan pelajar iaitu pelajar tinGKMPatan satu seramai 240 orang (6 kelas) dan
tinGKMPatan dua 120 orang (3 kelas). Seramai 4 orang pentadbir, 17 orang guru dan 4 orang
staf sokongan. SMK Batu Muda telah Berjaya membentuk imej yang cemerlang dan mempunyai
bilangan pelajar yang semakin bertambah sehingga kini seramai lebih kurang 1400 orang
pelajar.
Semenjak 2008, SMK Batu Muda menjalankan dua sesi persekolahan bagi menampung
bilangan pelajar. SMK Batu Muda turut mempunyai pelbagai prasarana yang memberi ruang
kepada pelajar menjalankan aktiviti kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Setiap
pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti, suasana pembelajaran yang kondusif
dan ceria. SMK Batu Muda juga menempatkan pelajar dari tinGKMPatan satu sehingga
tinGKMPatan lima dalam aliran perdana da nada lebih kurang 80 orang pelajar Program
Pendidikan Khas Integrasi.
Warga SMK Batu Muda terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai visi
dan misi sekolah. Sekolah ini telah diterajui oleh 8 orang pengetua sehingga kini
1. Pn Azizah bt Idris ( 2000 – 2004)
2. En Rosley b Hitam (2004 – 2007)
3. En Amran b Abd Hamid (2007 – 2009)
4. Pn Zakiah bt Abang Bawi (2009 – 2014)
5. Pn Faridah bt Salleh (2014 – 2015)
6. Pn Che Aini bt Che Ismail (2015 – 2017)
7. Pn Tuan Hasnah bt Raja Hassan (2017 – 2019)
8. En Muhamad Solahuddin b Harun (2019 – kini)
10

