Page 10 - BUKU PANDUAN PENTADBIRAN & PENGURUSAN SMK BATU MUDA TAHUN 2021
P. 10

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU MUDA


                           Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2000 dengan keluasan 2.1 hektar.  SMK Batu Muda

                 yang terletak di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur merupakan sekolah kerajaan Gred B dan
                 SMK  Batu Muda  mempunyai  4 bangunan utama.    Pada  awal  tahun  pembukaannya  dengan
                 hanya 360 orang bilangan pelajar iaitu pelajar tingkatan satu seramai 240 orang (6 kelas) dan

                 tingkatan dua 120 orang (3 kelas).  Seramai 4 orang pentadbir, 17 orang guru dan 4 orang staf
                 sokongan.   SMK  Batu Muda  telah  Berjaya  membentuk imej  yang  cemerlang dan  mempunyai
                 bilangan pelajar yang semakin bertambah sehingga kini seramai lebih kurang 1400 orang pelajar.


                     Semenjak  2008,  SMK  Batu  Muda  menjalankan  dua  sesi  persekolahan  bagi  menampung
                 bilangan pelajar.  SMK Batu Muda turut mempunyai pelbagai prasarana yang memberi ruang

                 kepada pelajar menjalankan aktiviti kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.  Setiap
                 pelajar  mendapat  akses  kepada  pendidikan  berkualiti,  suasana  pembelajaran  yang  kondusif
                 dan ceria.  SMK Batu Muda juga menempatkan pelajar dari tingkatan satu sehingga tingkatan

                 lima  dalam  aliran perdana da nada lebih  kurang  80  orang pelajar Program  Pendidikan  Khas
                 Integrasi.

                     Warga SMK Batu Muda terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai visi

                 dan misi sekolah.  Sekolah ini telah diterajui oleh 8 orang pengetua sehingga kini
                     1.  Pn Azizah bt Idris ( 2000 – 2004)

                     2.  En Rosley b Hitam (2004 – 2007)
                     3.  En Amran b Abd Hamid (2007 – 2009)

                     4.  Pn Zakiah bt Abang Bawi (2009 – 2014)

                     5.  Pn Faridah bt Salleh (2014 – 2015)
                     6.  Pn Che Aini bt Che Ismail (2015 – 2017)

                     7.  Pn Tuan Hasnah bt Raja Hassan (2017 – 2019)
                     8.  En Muhamad Solahuddin b Harun (2019 – kini)





                                                              10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15