Page 11 - SAS TING 4 BAB PENGAWETAN
P. 11
2. Gariskan pada jawapan yang betul.
a. Bas dan kereta api ialah contoh pengangkutan (udara / darat) .
b. Pengangkutan air sangat penting dalam urusan
(perdagangan / percukaian) luar negara.
c. Pengangkutan udara dan air mampu (menurunkan / meningkatkan)
sektor pelancongan negara.
d. Kos pengangkutan kenderaan darat lebih (mahal / murah)
berbanding pengangkutan udara.
e. Pengangkutan udara dapat menjimatkan (masa / kos) .
f. (Doktor / Jurutera) Udara ialah perkhidmatan rawatan kesihatan
melalui pengangkutan udara kepada penduduk kawasan
pedalaman Sabah dan Sarawak.
Jom buat
Peta Pemikiran: Kepentingan Pengangkutan di Malaysia
Peralatan:
• Pen atau pensel warna • Gam
• Kad manila • Kertas warna
• Gunting • Buku rujukan
Langkah-langkah:
1. Bahagikan murid kepada tiga orang dalam satu kumpulan.
2. Cari gambar pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia. Gambar
boleh diperoleh dengan menggunakan bahan rujukan seperti buku,
majalah, surat khabar atau Internet.
3. Gunakan gambar tersebut untuk dimasukkan ke dalam peta pemikiran
yang sesuai.
4. Hias peta pemikiran anda secara kreatif.
5. Bentangkan hasil kerja anda di hadapan kelas.
• Murid membuat aktiviti dengan menggunakan bahan rujukan yang
disediakan oleh guru.
86 • Guru juga boleh meminta murid membawa bahan rujukan tambahan
yang terdapat di rumah. 5.1.2

