Page 45 - MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 38
P. 45

3.  LAPORAN PENOLONG KANAN HAL-EHWAL MURID




                   Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid, SK Desa Pahlawan diterajui oleh En. Wan Mazlan bin Wan Chik,

                   dengan dibantu oleh setiausahanya Pn. Fauziah bt Yusoff dan penolong setiausaha adalah Pn. Wan

                   Khatijah bt Wan Salleh serta gandingan mantap beberapa jawatankuasa dalam pengurusan HEM SKDP.
                   Antara jawatankuasa yang menjadi nadi utama pengurusan HEM adalah Unit APDM, Unit Disiplin, Unit

                   Pengawas  Sekolah,  Unit  Kaunseling  dan  beberapa  unit  lagi  yang  sentiasa  menjaga  sahsiah  dan
                   keterampilan serta kebajikan murid dari semasa ke semasa.


                       Antara tugasan yang diuruskan oleh unit pengurusan HEM adalah seperti berikut :



                   1.  Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) yang menyediakan dan mengagihkan pinjaman buku teks kepada
                       semua murid seramai 720 orang dari tahun 1 – 6.

                   2.  Unit RMTS menyelia makan minum murid yang terpilih seramai 43 orang bagi sesi 2021 yang terdiri
                       daripada  murid  tahun    1  -  6  bermula  hari  pertama  persekolahan  sehingga  ke  hari  terakhir

                       persekolahan dan penyediaannya adalah pada waktu rehat.

                   3.  Unit  Kantin  juga  sentiasa  menjaga  tatacara  dan  adab-adab  membeli  semasa  di  kantin  selain
                       menyelia serta menjaga SOP dengan kawalan dari guru bertugas tahap 1 dan tahap 2 pada setiap

                       hari.
                   4.  Unit Kebajikan Murid sentiasa menjaga kebajikan murid samada dari segi kewangan dan bantuan

                       dalaman serta sumbangan luar.

                   5.  Unit  Bantuan  lain  adalah  Bantuan  KWAPM,  Bantuan  e-KASIH  dan  Unit  Bantuan  Awal
                       Persekolahan yang diagihkan mengikut jadual dari semasa ke semasa.

                   6.  Selain  jawatankuasa  tersebut  terdapat  lebih  20  unit  dalam  pengurusan  HEM  yang  sentiasa
                       membantu dan menguruskan pengurusan HEM SKDP bagi memastikan keselamatan, kebajikan

                       dan sahsiah murid seramai 713 orang terjaga dengan baik.












                                                                                                           45

                                                                                                                   45
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50