Page 2 - 2021 PDPR 4.0 Modul SKUCe Program SMART SKKM 2021
P. 2
Modul Saringan Pengukuhan Kecemerlangan (SKuCe)
Program SMART SK Kota Masai
Tahun 2021
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera.
1. Modul SKuCe ini dibina untuk mengukuhkan penguasaan
kemahiran 3M murid-murid Program SMART SK Kota Masai Tahun
2021 iaitu membaca, menulis dan menaakul.
2. Penggunaan khusus dalam PDPR 4.0 (2021) ini, memfokuskan
kepada pelaksanaan latihan satu muka surat untuk satu hari.
3. Sebagai bahan pembelajaran kendiri di rumah, ibu bapa dan ahli
keluarga murid perlulah mengawasi dan membantu murid
Program SMART semasa membuat modul ini.
4. Pastikan hari, tarikh, nama dan kelas ditulis dengan cara menulis
yang betul dan tulisan yang cantik dan kemas.
5. Hantarkan gambar muka surat hasil kerja murid kepada Cikgu
Azwani, Penyelaras Program SMART SK Kota Masai 2021 secara
peribadi di aplikasi WhatsApp atau Telegram, setiap hari.
6. Penilaian murid ditentukan berdasarkan markah-markah harian
yang akan direkodkan oleh guru, hasil daripada penghantaran
hasil kerja murid setiap hari. Markah-markah ini akan menentukan
tahap penguasaan terkini murid-murid.
7. Kerjasama semua ibu bapa amatlah diharapkan bagi membantu
murid menjadi murid yang menguasai kemahiran-kemahiran
pembelajaran seterusnya menjadi murid pandai dan cemerlang.
Selamat belajar!
17 i

