Page 3 - Jawapan Buku Aktiviti Tahun 3 (Tema 2)
P. 3
Halaman 27 (Aktiviti 3a)
• Imran juga perlu makan makanan yang seimbang.
• Setiap hari Imran perlu minum air kosong yang
mencukupi.
• Imran juga harus rajin mengikuti latihan.
• Imran juga mesti mendapat rehat yang mencukupi.
• Selain itu, Imran perlu mendapat tidur sekurang
kurangnya lapan jam sehari.
Halaman 28 (Aktiviti 3b)
Bahan-bahan untuk membuat telur dadar ialah dua biji
telur, dua tangkai cili hidup, sebiji bawang besar dan
sebiji tomato. Pecahkan dua biji telur. Masukkan bawang
besar yang telah dipotong dan cili hidup yang telah
dihiris nipis. Kemudian, tambahkan secubit garam dalam
ramuan ini. Pukul bahan-bahan tersebut. Panaskan
minyak di dalam kuali. Apabila minyak telah panas, Cadangan Jawapan Buku Teks dan Buku Aktiviti BM Tahun 3 SK (Cikgu Mat Ariffin bin Ismail
masukkan ramuan tadi. Kemudian, kecilkan api dan
tunggu sehingga masak.
Halaman 29 (Aktiviti 4)
Tepat pada pukul 8:30 pagi, Imran ialah peserta yang
paling hampir dengan tempat pemeriksaan satu. Aliya
pula peserta yang paling rapat dengan Imran. Epis
berlari dekat dengan pokok. Kiran ialah peserta yang
paling jauh dari tempat pemeriksaan satu.
Halaman 30 (Aktiviti 5)
1. Imran berasa bangga kerana berjaya menurunkan
berat badan.
2. Imran rindu akan kawan-kawan sekolahnya.
3. Imran benci akan makanan segera yang boleh
menyebabkan penyakit itu.
(Tahun 3 – 2.3)

