Page 15 - 2021 D5 Sains Unit 8: Jirim
P. 15

SIMULASI SUSUNAN
                   AKTIVITI RIA
                  AKTIVITI RIA               SIMULASI SUSUNAN
                                             ZARAH
                                             ZARAH


               ALAT DAN BAHAN                Pita pelekat berwarna dan kad simulasi.


               LANGKAH-LANGKAH


             1.  Bentukkan segi empat sama dengan ukuran
               2 meter × 2 meter di atas lantai. Tandakan
               ukuran dengan menggunakan pita pelekat              2 meter
               berwarna.
             2. Wakil kumpulan akan mengambil sekeping
               kad simulasi daripada Set A dan daripada
               Set B.
                                                                                    2 meter
             3. Bincang mengenai susunan zarah yang
               perlu disimulasikan mengikut arahan yang
               tertulis dalam kad simulasi.

             4. Masuk ke dalam ruang segi empat sama
               bersama-sama ahli kumpulan.
             5. Lakukan simulasi yang telah dibincangkan.









                  Nyatakan sama ada perubahan keadaan jirim air di bawah
                  “menerima haba” atau “kehilangan haba”. Jelaskan juga perubahan
                  susunan zarah yang terlibat.
                  (a)  Pepejal kepada cecair.
                  (b)  Cecair kepada pepejal.
                  (c)  Gas kepada cecair.
                  (d)  Cecair kepada gas.


                 Sediakan dua set kad simulasi yang mengandungi arahan untuk aktiviti. Set A terdiri
           NOTA daripada tiga keping kad yang bertulis “pepejal”, “cecair” dan “gas”. Set B terdiri
           GURU
                 daripada dua keping kad yang bertulis “menerima haba” dan “kehilangan haba”.
                 Masukkan Set A dan Set B ke dalam bekas yang berbeza.

                                                                                                  191
                                                                                8.2.2, 8.2.4
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20