Page 6 - Cadangan Jawapan Buku Aktiviti Tahun 3 (Tema 1)
P. 6
Halaman 18 (Aktiviti 3):
Pada suatu hari, Azim mengikut datuknya ke dusun
buah-buahan. Tiba-tiba, mereka ternampak seekor
burung terbaring di bawah pokok. Burung itu tidak
boleh bergerak.
Datuk mengangkat burung itu. Datuk
mendapati kaki burung luka. Mereka berasa
kasihan akan burung itu. Mereka membawa burung
itu pulang ke rumah. Datuk merawat luka burung itu
dengan berhati-hati.
Burung yang cedera itu diletakkan di dalam
kotak. Setelah luka burun sembuh, datuk dan Azim
melepaskan burung itu semula ke dalam hutan.
Azim berasa gembira kerana kenangan merawat
burung amat berharga baginya.
Cadangan Jawapan Buku Teks dan Buku Aktiviti BM Tahun 3 SK (Cikgu Mat Ariffin bin Ismail
Halaman 19 (Aktiviti 4a):
1. Ibu mengajar Imran memanggang ikan.
2. Imran membantu ibu menyepit ikan pada
buluh.
3. Ibu mengikat buluh menggunakan dawai.
4. Imran melihat Ibu memanggang ikan.
Halaman 20 (Aktiviti 4b):
Pak long mengadakan kenduri kesyukuran. Semua
anggota keluarga beliau berkumpul di rumah pak
lon. Pak long menyambut kedatangan tetamu.
Imran dan Azim bersalaman. Pak long dan ayah
berbual-bual. Faiz tersenyum. Nenek duduk di atas
kerusi. Para tetamu makan.
(Tahun 3 – 1.6)

