Page 6 - BLA BM Tahun 3 (Jilid 1) - Unit 10
P. 6

Tema 4: Unit 10 (Toleransi  Kukuhkan  Perpaduan)


             Salin  dengan  tulisan  yang  cantik  dan  kemas.





             Cadangan  jawapan:

             Hari    ini   murid-murid        Tahun     3   akan      menyertai       pertandingan
             “Jejak      Maklumat”.         Pertandingan         ini   diadakan         bersempena

             dengan        bersempena          dengan        sambutan         Hari    Guru.     Murid-
             murid      Tahun     3    Angsana        telah    dibahagikan          kepada       enam
             kumpulan.         Setiap      ahli   kumpulan         mestilah      terdiri    daripada

             pelbagai        kaum.      Imran,  Li      Kiang      dan      Kiran     terpilih    untuk
             menyertai  kumpulan  Cikgu  Suhaila.

                         Permainan       bermula.       Kumpulan        Imran      diberi     tugasan

             mencari  maklumat  di  Taman  Sains.  Mereka  bergerak  dengan
             pantasnya.         Setiap      tempat      di    Taman       Sains     diterokai      oleh
             mereka.        Tiba-tiba      Imran       melompat          dan     menjerit.       Rupa-
             rupanya        Imran      terkejut    kerana       seekor     katak     melompat         ke

             arahnya.  Mereka  tertawa  kerana  lucu.

                         Setelah     puas      mencari,        akhirnya       Imran      menjumpai
             kertas      maklumat         di    celah      pokok       bunga        raya.      Setelah

             membacanya,            mereka       bergerak       ke tempat        yang     diarahkan.
             Cikgu  Suhaila  termengah-mengah  berlari  mengejar  mereka.

                         Kumpulan  Imran  telah  sampai  di  stesen  yang  ketiga.

             Li   Kiang      telah     berjaya      menjawab          soalan      yang      diajukan.
             Mereka        diberi     bonus      kerana       menjadi        kumpulan        pertama
             yang  sampai.


                         Akhirnya,       kumpulan          Imran        berjaya        menamatkan
             permainan.            Kumpulan            mereka           diumumkan             sebagai
             pemenang.  Imran  dan  rakan-rakannya  yang  pelbagai  kaum
             telah  bersatu  padu  dalam  menjalankan  aktiviti  tersebut.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11