Page 5 - Modul Co-LINUS Literasi Menulis BM Konstruk 12
P. 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

         Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
         kurnia-Nya, Modul Latih Tubi CO-LINUS Literasi Bahasa Melayu
         di bawah inisiatif Pusat Kolaboratif Pembelajaran Literasi dan
         Numerasi, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang
         (PKP LINUS) dapat diterbitkan dengan jayanya.

         Syabas  dan  tahniah  kepada  semua  pihak  yang  telah  menggembleng  tenaga,  idea
         dan  pandangan  dalam  menyahut  cabaran  untuk  merealisasikan  modul  ini,  me-
         mandangkan Guru Pemulihan Khas LINUS/NKRA (GPML), Guru Pemulihan Khas (GPM)
         dan  Guru  LINUS  memerlukan  sumber  rujukan,  bimbingan  dan  panduan  dalam
         melaksanakan tugas-tugas pengurusan, pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi
         Program Pemulihan Khas (PPK) dan LINUS2.0.

         Dalam usaha memperkasakan Program LINUS2.0, melalui PKP LINUS perlu dilengkapi
         dengan maklumat, kajian penyelidikan dan bahan berkaitan bagi menghadapi
         cabaran dalam pelaksanaan PPK dan LINUS2.0. Justeru itu, dengan terbitnya modul ini
         diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Inisiatif dan tindakan proaktif
         Unit  Akademik  (LINUS  dan  Pemulihan  Khas)  serta  pasukan  untuk  memberi  panduan
         yang  diperlukan  oleh  para  pendidik  secara  berfokus  sangat  dituntut  supaya  dapat
         mengendalikan  intervensi  dengan  lebih  berkesan  seterusnya  menyumbang  kepada
         peningkatan penguasaan literasi dan numerasi murid.

         Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua   pihak khususnya
         pasukan GPML secara kolaboratif atas kejayaan menghasilkan karya ini yang menjadi
         keperluan dan aspirasi murid selaras dengan matlamat PPPM 2013-2025.


         Sekian, terima kasih.


         (HAJI JASNI BIN OMAR)
         Pegawai Pendidikan Daerah
         Pasir Gudang
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10