Page 40 - DSA 4113 BAB 2 REHAN
P. 40
2.3.2 Identify the appropriate format for
child care business plan
8. Rancangan & Strategi Pemasaran
Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Analisis terhadap pasaran perlu
dibuat untuk membolehkan unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan
pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan, prospek pelanggan dan
pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam
masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya).
Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita? Adakah ia
mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal
menarik minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat – adakah ia lebih tinggi dari pasangan,
lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan strategi pengedaran. Adakah sebilangan
pengedar akan dilantik atau pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang
terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah teknik teknik promosi yang bakal
dijalankan, dan bagaimana?

