Page 52 - Buku Pengurusan SMK Anderson 2019 Updated 9.1.19 3.37 PM
P. 52

Buku Pengurusan SMK Anderson 2019



               23. PENGURUSAN PERABOT
                      Setiausaha             :   En. Loh Kok Hoong
                      Jawatankuasa           :   En. Lee Yoon Woh
                                             :   En. Kumaraguru a/Muthusamy
                                             :   En. Shahrifuzan bin Ibrahim
                                             :   En. Muhammad Taufik bin Che Nordin


               SISTEM ORGANISASI KELAS

               OBJEKTIF
               1.  Untuk memupuk sistem nilai yang baik dengan :
                     menanam sikap bertanggungjawab dan berjimat cermat dalam penggunaan semua
                      kemudahan di sekolah.
                     melahirkan satu sikap dan keinginan bekerjasama dengan melibatkan diri serta mengambil
                      bahagian dalam setiap gagasan kelas dan sekolah.
                     menimbulkan keinginan untuk mencapai sesuatu dan berharga dengan pencapaian tersebut.
               2.  Untuk memupuk nilai estetika.
               3.  Untuk memupuk semangat kekitaan dan sayang serta cinta akan sekolah.
               4.  Untuk memupuk sikap ingin bekerjasama.
               5.  Untuk menjadi jentera mencapai objektif sekolah.

               STRATEGI
               1.  Setiap kelas akan menubuhkan satu Jawatankuasa Organisasi Kelas. Ahli-ahli jawatankuasa
                   terdiri daripada:
                     Penasihat (Guru Tingkatan)
                     Pengerusi (Ketua Tingkatan)
                     Setiausaha (Penolong Ketua Tingkatan)
                     Bendahari
                     Jawatankuasa Kebersihan & Keceriaan
                     Jawatankuasa Perabot
                     Jawatankuasa Disiplin
                     Jawatankuasa  Perhiasan dan Penggunaan Papan Kenyataan
                     Jawatankuasa Kebajikan
               2.  Jawatankuasa ini akan dinasihati oleh Guru Kelas masing-masing.
               3.  Kelas akan bermesyuarat setiap dua bulan sekali pada waktu pertama dalam jadual waktu guru
                   kelas masing-masing.
               4.  Kelas tidak boleh mengadakan mesyuarat tanpa Guru Kelas.
               5.  Pengerusi Jawatankuasa Organisasi Kelas akan mempengerusikan setiap mesyuarat yang
                   diadakan.
               6.  Tugas Setiausaha ialah membuat catatan perjalanan mesyuarat dan menyampaikan laporan
                   kepada Pengetua / Penolong Kanan HEM setiap kali diadakan mesyuarat setelah disahkan oleh
                   Pengerusi dan Guru Kelas.
               7.  Laporan mesyuarat hendaklah disampaikan secara peribadi oleh Pengerusi dan Setiausaha
                   kepada Pengetua, seminggu selepas mesyuarat. Semua laporan hendaklah disediakan dalam
                   buku khas.
               8.  Dalam mesyuarat, ahli-ahli jawatankuasa akan memberi laporan mengenai bahagian masing-
                   masing. Laporan yang dikemukakan mengandungi:
                   a.   Perjalanan bahagiannya dan penyertaan ahli kelas
                   b.   Masalah yang dihadapi
                   c.   Tindakan yang diambil dan hasilnya
                   d.   Cadangan-cadangan



                                                                                                        51
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57