Page 149 - Sains Tingkatan 1
P. 149

5.1         Jirim dalam Alam



                    •  Menyatakan bahawa hampir semua benda yang wujud dalam alam ialah jirim.
                    •  Membuktikan bahawa benda hidup dan benda bukan hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
                    •  Membezakan sifat fizikal dengan sifat kimia jirim.
                    •  Mengelaskan bahan daripada pelbagai ciri.


                       erhatikan Gambar foto 5.1. Bolehkah anda senaraikan benda-benda yang terdapat
                     Pdalam gambar foto ini? Adakah benda-benda tersebut mempunyai jisim dan
                   memenuhi ruang? Tahukah anda bahawa semua benda yang anda senaraikan itu
                   merupakan jirim. Jirim boleh didefinisikan sebagai semua benda yang mempunyai
                   jisim dan memenuhi ruang.


































                                                     Gambar foto 5.1 Jirim

                       Semua benda hidup termasuklah manusia, tumbuhan
                   dan  haiwan dikelaskan sebagai jirim.  Benda  bukan hidup
                   seperti air, tanah, batu dan udara juga ialah jirim.             1.  Adakah terdapat
                                                                                       objek yang mempunyai
                       Bolehkah anda nyatakan contoh bukan jirim? Mari kita           jisim tetapi tidak
                   jalankan  Aktiviti 5.1 untuk membuktikan bahawa hampir             memenuhi ruang?
                   semua benda hidup dan benda bukan hidup dalam alam ini           2.  Adakah terdapat
                                                                                      objek yang memenuhi
                   merupakan jirim.                                                   ruang tetapi tidak
                                                                                      mempunyai jisim?


                    138  Bab 5
                    138
                         Bab 5
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154