Page 198 - Sains Tingkatan 1
P. 198

n ke
                                                                               l
                                                                             na
                                                                                        l
                                                                                        a
                                                                                      rk
                                                                        P Ba n b 6: J ad a u a l B p e ad a P a e n y i as a ta n S a in t ifi k
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                        Bab 6: Jadual Berkala
                                                                           ge
                                                                         e
                        1.  Masukkan satu spatula serbuk sulfur dan satu spatula serbuk besi ke dalam mangkuk
                           pijar. Kacau sehingga sebati. Catatkan warna campuran tersebut.
                        2.  Timbang campuran tersebut. Catatkan jisim awal campuran.
                        3.  Panaskan campuran sehingga campuran itu bertukar warna (Rajah 6.28).
                        4.  Sejukkan hasil yang diperoleh. Timbang dan catatkan jisim akhir bahan tersebut.
                        Soalan
                        1.  Apakah warna campuran tersebut apabila dipanaskan?
                        2.  Tulis satu persamaan kimia dalam bentuk perkataan bagi tindak balas yang berlaku.
                        3.  Apakah hasil yang terbentuk daripada aktiviti ini?
                        4.  Adakah jisim sebelum pemanasan dan selepas pemanasan berubah?


                         Selepas  menjalankan Aktiviti 6.11, anda  dapat melihat bahawa logam  dan  bukan
                    logam membentuk sebatian apabila dipanaskan bersama dan jisim campuran sebelum
                    dan selepas dipanaskan adalah sama dan tidak berubah. Fenomena ini sentiasa berlaku
                    dalam kehidupan harian kita. Semua garam mineral yang dijumpai di Bumi wujud dalam
                    bentuk sebatian akibat daripada tindak balas kimia yang berlaku, kecuali emas, perak
                    dan platinum.


                    Kaedah Pengasingan Sebatian
                    Sebatian tidak dapat diasingkan melalui kaedah fizikal seperti campuran kerana
                    unsur-unsur dalam sebatian telah digabungkan secara kimia. Oleh itu, sebatian hanya
                    boleh diasingkan menggunakan kaedah kimia melalui proses elektrolisis. Apakah
                    proses elektrolisis?
                                    Elektrolisis ialah proses penguraian sesuatu sebatian kepada
                                     unsur-unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya.


                         Mari kita lihat cara oksigen dan hidrogen diasingkan daripada sebatian air melalui
                    proses elektrolisis seperti di Rajah 6.29.


                                                                           Oksigen              Hidrogen
                        •  Air terdiri daripada gabungan unsur
                          hidrogen dan oksigen secara kimia.
                        •  Oleh itu, untuk mengasingkan unsur                                   Air + larutan
                          hidrogen dan unsur oksigen daripada air, air                          asid sulfurik
                          perlu melalui proses elektrolisis.
                        •  Rajah 6.29 menunjukkan cara elektrolisis        Anod                 Katod
                          dijalankan secara ringkas. Melalui proses
                          ini, gas hidrogen terhasil di elektrod negatif
                          (katod) dan gas oksigen pula terhasil di                             A  Ammeter
                          elektrod positif (anod).
                                                                                    Sel kering
                                                                              Rajah 6.29 Elektrolisis air



                                                                                                      187
                                                                                                Bab 6
                                                                                                Bab 6  187
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203