Page 208 - Sains Tingkatan 1
P. 208

na
                                                                           ge
                                                                               l
                                                                        Bab 7: Udara
                                                                        P Ba n b 7: U d a a n ke p ad a P e n y i as a ta n S a in t ifi k
                                                                                 r
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                                  a
                                                                         e
                         Mari kita jalankan Aktiviti 7.1 untuk menentukan peratusan oksigen dalam udara.
                                             7.1
                         Tujuan: Menentukan peratusan oksigen dalam udara
                         Bahan dan radas: Lilin, plastisin, mancis, besen kaca, pen penanda dakwat kekal, balang
                         gas, alas balang gas, air.
                         Arahan

                                                                                         Isi padu balang
                                                                                         gas ini dibahagikan
                        Balang gas                                     Balang gas        kepada lima
                                                             Lilin                       bahagian yang
                        Penanda                              Besen                       seragam dan
                                                                                         ditanda dengan
                        aras air                             kaca                        pen penanda
                                                             Air       Penanda
                        Alas                                 Plastisin  aras air         dakwat kekal
                        balang gas
                                             (a)                                   (b)
                                             Rajah 7.2 Susunan radas sebelum lilin dinyalakan
                         1.  Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam
                            Rajah 7.2 (a).
                         2.  Bahagikan balang gas kepada lima bahagian yang
                           sama dan ditanda dengan pen penanda dakwat
                           kekal (Rajah 7.2 (b)).                                                   Lilin
                         3.  Nyalakan lilin dan telangkupkan balang gas ke
                           atas lilin itu (Rajah 7.3).
                         4.  Perhatikan dan buat catatan perubahan aras air
                           yang berlaku apabila lilin terpadam.
                         5.  Buat kesimpulan tentang peratusan oksigen   Rajah 7.3 Susunan radas selepas lilin
                            dalam udara.                                        dinyalakan

                         Soalan
                         1.  Apakah yang terjadi kepada api lilin selepas suatu jangka masa? Mengapa?
                         2.  Apakah perubahan yang berlaku ke atas aras air pada akhir eksperimen? Berikan sebab
                           bagi perubahan tersebut.
                         3.  Berapakah peratusan oksigen dalam udara berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan?


                         Pada akhir Aktiviti 7.1, air akan naik ke aras satu perlima balang gas. Keadaan ini
                    menunjukkan bahawa satu perlima daripada kandungan udara mengandungi oksigen.
                    Oleh itu, udara mengandungi oksigen kira-kira 20%. Hal ini demikian kerana hanya
                    oksigen dalam udara digunakan untuk pembakaran lilin.






                                                                                                      197
                                                                                                Bab 7  197
                                                                                                Bab 7
   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213