Page 57 - Sains Tingkatan 1
P. 57
Sel – Struktur, Fungsi dan
2.1 Organisasi
• Menerangkan benda hidup dibina daripada sel yang menjalankan fungsi hidup dan mengalami
pembahagian sel.
• Menunjukkan cara penyediaan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan mengikut prosedur yang betul.
• Berkomunikasi mengenai fungsi setiap struktur dalam sel serta membandingkan dan membezakan sel
haiwan dengan sel tumbuhan.
• Menjelaskan ciri organisma unisel dan multisel bagi kedua-dua haiwan dan tumbuhan berserta contoh.
• Membezakan jenis dan fungsi sel haiwan dengan sel tumbuhan.
• Mengkonsepsikan pembentukan suatu organisma mengikut urutan tahap organisasi:
sel → tisu → organ → sistem → organisma
• Mengagumi dan menghargai kewujudan pelbagai organisma.
Apakah Sel?
Sebuah rumah dibina daripada
batu bata. Setiap batu bata ialah
unit asas pembinaan rumah itu.
Begitu juga dengan benda hidup.
Benda hidup terdiri daripada unit
asas yang dikenali sebagai sel.
Oh, badan kita
terdiri daripada
sel-sel! Siapakah
orang pertama yang
menemukan sel?
Gambar foto 2.1 Rumah yang dibina
daripada batu bata
Pada tahun 1665, ahli sains Inggeris yang
bernama Robert Hooke menggunakan Robert Hooke
mikroskop ringkas yang dicipta
oleh beliau untuk memerhatikan
sekeping gabus. Beliau mendapati
terdapat banyak kotak kecil dalam
gabus itu. Oleh demikian, beliau
menamakan kotak kecil tersebut
sebagai sel.
Gambar foto 2.2 Sel gabus yang diperhatikan oleh Robert Hooke
Pada tahun 1674, Antonie van Leeuwenhoek mereka cipta sebuah mikroskop yang berkuasa tinggi. Beliau
memerhatikan mikroorganisma yang bergerak dalam setitik air hujan dengan mikroskopnya.
4646
46 Bab 2Bab 2
Bab 2

