Page 8 - Sains Tingkatan 1
P. 8
Pendahuluan
Pendahuluan
uku Teks Sains Tingkatan Satu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini ditulis
Buntuk murid Tingkatan Satu berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,
Tingkatan 1 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. KSSM digubal bagi memenuhi
keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Bagi menjayakan pelaksanaan KSSM, penulisan buku ini lebih memberikan penekanan kepada
kemahiran berfikir, kemahiran maklumat & komunikasi, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dalam kehidupan harian supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan pada
abad ke-21.
Bagi mencapai objektif ini, buku ini dilengkapkan dengan ciri-ciri istimewa seperti yang berikut:
Kemahiran Abad ke-21
Abad Kemahiran Berfikir &
21 KBMM
Menyelesaikan Masalah
Abad Kemahiran Interpersonal
21 KIAK & Arah Kendiri
Abad Kemahiran Maklumat
21 KMK
& Komunikasi
Eksplorasi Sains
Memberikan maklumat
tambahan yang berkaitan
dengan sesuatu topik.
QR code
Sains dan Saya Muat turun aplikasi percuma
Aplikasi sains daripada Google Play ke peranti
dalam kehidupan mudah alih pintar anda. Imbas
harian murid. QR code ini dengan peranti
mudah alih pintar anda untuk
mendapatkan video dan
maklumat tambahan.
(Laman sesawang dalam
Malaysiaku domain awam yang
Maklumat terkini tentang dicadangkan dalam buku ini
sains di Malaysia. mungkin berubah dari semasa
ke semasa).
v

