Page 165 - Pendidikan_Seni_Visual_Tingkatan_1
P. 165

Ekspresi Seni                                           Standard      Pembelajaran
                                                                                        Pembelajaran
                 Dalam bahagian Eksplorasi Seni, anda telah memahami        Selepas mempelajari subtajuk ini,
                 kepentingan dan kaitan antara tajuk dengan mesej agar      murid dapat:
                 komunikasi visual dapat disampaikan dengan jelas dan tepat.   •  Mengaplikasikan pemahaman
                 Lakukan aktiviti di bawah untuk lebih memahami konsep tajuk   tentang tajuk dan mesej dalam
                                                                             karya
                 dan mesej dalam sesuatu karya.                             •  Menjana tugasan berkaitan
                     Dalam aktiviti ini, anda perlu memilih satu karya yang   aplikasi tajuk dan mesej
                 mempunyai tajuk tertentu. Kaji karya tersebut dari aspek hal     ❖  Tajuk − aplikasi tajuk dan
                 benda, bentuk dan kandungannya. Tuliskan hasil dapatan         mesej
                 anda dan rakan-rakan dalam bentuk peta pemikiran untuk       ❖  Komponen tajuk dan mesej
                 dipersembahkan dalam Tumpu Galeri.

                    Aktiviti

                  Tujuan:
                    1.  Menganalisis dan memanipulasi hasil eksperimentasi aplikasi tajuk dan mesej dalam
                       proses pembentukan karya melalui penerokaan media, proses dan teknik dalam
                       penghasilan karya.
                    2.  Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil daripada eksperimentasi dan
                       penerokaan aplikasi tajuk dan mesej dalam proses pembentukan karya.
                  Langkah:
                    1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
                    2.  Pilih satu karya yang mempunyai tajuk tertentu.
                    3.  Bincangkan tentang tiga komponen yang telah dipelajari dan aplikasikan dalam karya
                       yang dipilih.
                    4.  Tulis dan lakarkan hasil dapatan perbincangan anda dalam bentuk peta pemikiran dalam
                       buku nota.
                  Hasil perbincangan:
                                                       Hal benda: Menggunakan figura perwira-perwira askar
                                                       Melayu. Paparan tersebut bertepatan dengan tajuk dan
                                                       tema patriotisme.
                                                       Bentuk: Menggunakan media cat minyak dengan sapuan
                                                       berus yang teliti dan terkawal. Ruang ditunjukkan
                                                       menggunakan pendekatan perspektif warna bagi
                                                       memaparkan insiden pertempuran secara maksimum.
                                                       Kandungan: Sebuah karya gaya romantisme yang
                                                       mengisahkan pertempuran di lereng bukit Pasir Panjang.
                      Mohamed Hoessein Enas,           Pasukan Tentera Bersekutu terpaksa menyerah diri
                      Pertempuran Pasir Panjang, 1981,   kepada Jepun setelah bertempur selama dua hari.
                      Cat minyak                       Leftenan Adnan bin Saidi bersama-sama anggota Platun
                                                       Kedua, Kompeni C Batalion Pertama telah dibunuh
                                                       kerana enggan menyerah diri.

                                   Rajah 15.5 Contoh perbincangan yang berfokuskan patriotisme


                                                          159
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170