Page 173 - Pendidikan_Seni_Visual_Tingkatan_1
P. 173

Latihan Formatif

                   1.  Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

                         pemerhatian           menjana            hal benda          nilai estetik

                     (a)  Motif ialah           yang diaplikasikan oleh pelukis, pereka atau pandai kraf.
                     (b)  Tujuan motif dalam seni kraf adalah untuk        .

                     (c)  Pembentukan motif, idea dan konsep boleh dijana melalui kaedah        .
                     (d)  Pembentukan dan perkembangan idea dilakukan melalui proses           idea.
                   2.  Apakah tujuan motif dalam karya seni?
                   3.  Apakah yang dimaksudkan dengan konsep?
                   4.  Bagaimanakah kaedah pembentukan motif, idea dan konsep dihasilkan?




                  Eksplorasi Seni                                         Standard     Pembelajaran
                                                                                       Pembelajaran
                 Anda telah belajar tentang motif, idea dan konsep dalam   Selepas mempelajari subtajuk ini,
                 bahagian Persepsi Seni. Motif dan idea yang kreatif dapat   murid dapat:
                 menjadikan sesebuah gubahan itu unik dan menarik.         •  Meneroka kaedah penjanaan
                 Kreativiti mereka menerusi motif dan idea dijelmakan dalam   motif, idea dan konsep
                 pelbagai konsep.                                          •  Menghuraikan secara visual,
                                                                             bertulis atau lisan bagi
                      Sekarang, mari kita lakukan aktiviti berikut untuk     mempamerkan pemahaman
                 membincangkan kaedah penjanaan motif, idea dan konsep.      motif, idea dan konsep
                 Gunakan strategi ‘Saya lihat, saya fikir dan saya tanya’ dalam   •  Mencerakinkan proses
                 perbincangan ini. Strategi ini bermaksud, anda dikehendaki     ❖ Komponen motif, idea
                 menyenaraikan objek atau gambar yang dilihat secara visual.   dan konsep
                 Kemudian, nyatakan pendapat anda tentang objek tersebut.
                 Akhir sekali, kemukakan beberapa soalan tentang objek tersebut.
                 Strategi ini akan menjadi panduan untuk mendapatkan jawapan.



                   Aktiviti


                  Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat penerokaan aplikasi
                          motif, idea dan konsep dalam proses pembentukan karya melalui penggunaan
                          media, proses dan teknik.

                  Langkah:
                    1.  Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
                    2.   Pilih satu jenis karya yang hendak dibincangkan.
                    3.  Gunakan strategi ‘Saya lihat, saya fikir dan saya tanya’ dalam perbincangan anda.


                                                          167
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178