Page 19 - Pendidikan_Seni_Visual_Tingkatan_1
P. 19

Lakukan aktiviti berikut untuk mencari maklumat berkaitan sejarah perkembangan seni visual
                 di negara kita.



                    Aktiviti

                  Tujuan:
                    1.  Mengidentifikasikan sejarah perkembangan, tokoh dan sumbangan serta peranan Institusi
                      Seni Visual di Malaysia.
                    2.  Menginterpretasikan sejarah perkembangan, tokoh dan sumbangan serta peranan Institusi
                      Seni Visual di Malaysia.
                  Langkah:
                    1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
                    2.  Setiap perbincangan, anda boleh menggunakan pilihan strategi berikut:
                        •  Foto         •  Video          •  Tayangan slaid        •  Lembaran kerja
                    3.  Perbincangan anda mencakupi perkara-perkara berikut:
                      •  Sejarah dan perkembangan seni halus atau seni reka
                      •  Sumbangan tokoh seni halus, seni reka atau seni kraf
                      •  Peranan pertubuhan, persatuan dan institusi seni halus, seni reka atau seni kraf
                    4.  Dapatkan maklumat daripada bahan bacaan atau carian di laman sesawang dan catatkan
                      dalam buku nota anda.
                                             Jadual 1.5 Contoh hasil perbincangan

                         Perkembangan        Pelukis/Tokoh         Persatuan            Institusi




                    5.  Persembahkan hasil perbincangan menggunakan kertas mahjung atau membuat
                      persembahan multimedia di hadapan kelas anda.




                     Latihan Formatif


                   1.  Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
                     (a)  Mohamed Hoessein Enas ialah pelukis khusus dalam seni         .

                     (b)  Komunikasi visual merupakan satu bidang yang terdapat dalam        .
                     (c)  Tokoh            digelar “Bapa Logo Hari Kebangsaan”.
                   2.  Berikan tiga bidang seni kraf tradisional.

                   3.  Apakah tujuan penubuhan Persatuan Pelukis Malaysia pada tahun 1978?
                   4.  Apakah peranan adiguru dalam seni kraf Malaysia?
                   5.  Namakan dua tokoh dalam kraf anyaman yang anda tahu.

                                                           13
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24