Page 54 - Pendidikan_Seni_Visual_Tingkatan_1
P. 54

Eksplorasi Seni                                          Standard     Pembelajaran
                                                                                       Pembelajaran
               Kita akan sama-sama melakukan Kembara Visual untuk          Selepas mempelajari subtajuk ini,
               mengetahui jenis, fungsi dan teknik menghasilkan bentuk.    murid dapat:
               Anda dikehendaki membuat eksperimentasi dan penerokaan      •  Membuat eksperimentasi dan
               unsur bentuk pada alam semula jadi, objek buatan manusia      penerokaan unsur bentuk
               dan karya seni di kawasan persekitaran sekolah.               pada alam semula jadi dengan
                                                                             pelbagai teknik.



                      KEMBARA VISUAL


                Lokasi: Kawasan persekitaran sekolah
                Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
                        penerokaan unsur bentuk pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya
                        seni melalui penggunaan media, proses dan teknik.
                Langkah:
                  1.  Lakukan aktiviti ini secara berpasangan.
                  2.  Bawa murid ke luar kelas. Perhati dan kategorikan bentuk-bentuk yang terdapat
                     di sekeliling sekolah kepada objek pada alam semula jadi, buatan manusia dan karya
                     seni visual.
                  4.  Kenal pasti dan catatkan nama-nama objek serta jenis bentuk dalam buku nota anda.
                  5.  Bandingkan hasil dapatan anda dengan pasangan lain.

                                     Jadual 4.3 Bentuk dapatan murid di kawasan sekolah
                                      Objek                                Jenis bentuk

                        1.  Pasu bunga                         •  Bentuk konkrit
                        2.  Lukisan mural                      •  Bentuk ilusi

                Soalan: Apakah jenis bentuk yang lebih banyak ditemui di persekitaran sekolah anda?



                   Aktiviti

                 Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
                        penerokaan unsur bentuk pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya
                        seni melalui penggunaan media, proses dan teknik.
                 Bahan: Plastisin atau tanah liat dan kertas (bentuk origami)  Layari laman sesawang
                 Langkah:                                                     berikut untuk membantu
                   1.  Setiap murid perlu memilih satu objek daripada hasil   anda membuat origami
                     dapatan Kembara Visual.                                  bentuk burung:
                   2.  Kemudian, hasilkan bentuk menggunakan sama ada                  https://goo.gl/
                     plastisin atau kertas berdasarkan objek yang anda pilih.          gfW6UF
                   3.  Persembahkan hasil bentuk anda untuk dinilai oleh guru.


                                                         48
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59