Page 251 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 251

Peringkat Antarabangsa

                    Sebagai negara yang mencapai kemerdekaan, negara kita mula memainkan peranan penting pada
                    peringkat antarabangsa melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Komanwel.
                    Dasar Luar
                    Kerajaan memberikan perhatian melalui pengukuhan Kementerian Luar. Pada awal tahun 1957,
                    kumpulan pertama pegawai dihantar ke Britain untuk mendapatkan latihan. Antara tokoh yang berperanan
                    penting dalam usaha menentukan dasar luar negara termasuklah Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie dan
                    Dr. Ismail Abdul Rahman yang pernah dilantik menjadi Menteri Luar. Negara kita juga menjalinkan hubungan
                    dengan negara luar seperti Indonesia, India, Australia, New Zealand, Mesir dan Jepun.

                    Menganggotai Komanwel
                    Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka, negara kita juga diterima untuk menyertai pertubuhan
                    Komanwel. Pertubuhan Komanwel bermanfaat untuk merapatkan hubungan sosioekonomi dengan negara ahli.
                    Komanwel juga menjadi medan untuk negara kita mempamerkan komitmen terhadap isu yang dihadapi oleh
                    negara anggota.

                    Pertahanan Negara
                    Sebelum merdeka, negara kita dilindungi melalui pembentukan kerjasama pertahanan Britain, Australia dan
                    New Zealand. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman ingin mengekalkan hubungan baik dengan Britain
                    dan negara Komanwel. Keadaan negara yang belum mempunyai kekuatan pertahanan menyebabkan negara
                    memerlukan  bantuan Britain  ketika itu dengan memeterai  perjanjian  pertahanan  yang dinamakan Anglo
                    Malayan Defence Agreement (AMDA) pada tahun 1957.

                    Penyertaan dalam Blok Sterling
                    Penyertaan ini bermaksud negara menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan antarabangsa.
                    Kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang berpendapatan tinggi daripada hasil getah dan
                    bijih timah memperkuat kedudukan mata wang Pound Sterling. Penyertaan Persekutuan Tanah Melayu yang
                    mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel (Commonwealth
                    Preferential Tariff System) turut memperkukuh kedudukan ekonomi ahli-ahlinya.

                    Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
                    Negara  kita  diterima  menjadi  ahli  PBB dalam  persidangannya  pada  17  September  1957.  Negara  kita
                    merupakan anggota PBB yang ke-82. Bendera negara kita dikibarkan dalam satu upacara rasmi di ibu pejabat
                    PBB di New York pada 15 Oktober 1957. Dengan menyertai PBB, negara kita turut menjunjung prinsip PBB
                    untuk melindungi hak asasi manusia.

                                                           Misi Pengaman PBB
                                                           Negara  kita  turut terlibat  dalam misi  pasukan pengaman
                                                           PBB di Congo. Pemilihan ini menggambarkan kepercayaan
                                                           dan  pengiktirafan  tertinggi  PBB kepada  sebuah  negara
                                                           baharu untuk bersama-sama  terlibat  dalam  pengurusan
                                                           konflik antarabangsa.                                BAB
                                                     Dr. Ismail Abdul Rahman
                                                     bersama-sama dengan                                       10
                                                     Mr. Dag Hammerskjoeld,
                                                     Setiausaha Agung PBB
                                                     pada 14 Mac 1959.            Komanwel ialah  pertubuhan
                                                     Sumber:  Malaysia. Arkib  Negara   sukarela yang dianggotai oleh
                                                     Malaysia, 2006. Arkib Warisan Eksklusif.
                                                     Kuala Lumpur: Utusan Publications  &   negara  merdeka yang pernah
                                                     Distributors Sdn. Bhd.       dijajah oleh British.

                                                                                                     243
   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256