Page 40 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 40

2.5  Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

                  Kesedaran  nasionalisme  di  negara  kita  dapat  ditelusuri  sejak  zaman  Kesultanan  Melayu
                  Melaka. Kesedaran ini berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh tokoh

             2    pejuang tempatan.

            BAB               Sejarah perjuangan bangsa menghadapi ancaman luar dapat dilihat sejak zaman

                              Kesultanan Melayu Melaka. Usaha pemimpin Kesultanan Melayu Melaka seperti
                              Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah seharusnya disanjung. Setelah
                              berundur dari Melaka, Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan Melaka
                              kembali dengan melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis, namun serangan
                              tersebut menemui kegagalan.








                              Penentangan  terhadap  ancaman  luar  juga  dilihat  melalui  perjuangan  Sultan
                              Kedah, iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah yang menentang Syarikat Hindia
                              Timur  Inggeris  (SHTI).  Baginda  berusaha  untuk  mendapatkan  Pulau  Pinang
                              kembali  yang  merupakan  sebahagian  daripada  wilayah  Kedah.  Perjuangan
                              baginda merupakan perjuangan terawal menentang British di Kedah.










                  Shout Out
                  Murid memberikan idea secara lisan dengan
                  laungan yang kuat dalam sesi sumbang saran.
                  Idea tersebut dicatatkan pada kertas atau papan
                  putih.  Akhirnya,  setiap  jawapan  tadi  disusun
                  semula  menjadi  satu  idea  menyeluruh  secara
                  sistematik. Soalannya seperti yang berikut:
                     i.   Apakah tindakan Sultan Mahmud Shah
                        untuk  mendapatkan  Melaka  kembali
                        daripada kuasa Portugis?
                     ii.   Mengapakah Sultan Abdullah Mukarram
                        Shah  berusaha  untuk  mendapatkan
                        Pulau Pinang kembali daripada SHTI?
                     iii.  Namakan tokoh pemimpin setempat yang
                        menentang  kuasa  luar  pada  penghujung
                        abad ke-19 dan awal abad ke-20.
                     iv.  Bagaimanakah  kesungguhan  tokoh
                        nasionalis tersebut memberikan inspirasi
                        kepada perjuangan nasionalisme?
                                                            Ilustrasi menggambarkan serangan Portugis terhadap Melaka.

                    32
                    32
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45