Page 6 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 6

PENDAHULUAN





                        Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah ini dihasilkan berdasarkan
                        Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian
                        Pendidikan Malaysia. Buku ini mengandungi 10 bab berdasarkan tema Pembinaan
                        Negara. Tema ini terbahagi kepada tiga tajuk utama.
                            Tajuk pertama, Nasionalisme di Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua
                        dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Warisan Negara Bangsa, Nasionalisme dan
                        Nasionalisme di Negara Kita. Tajuk kedua, Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan
                        Tanah Air yang mengandungi lima bahagian, iaitu Konflik Dunia dan Perjuangan
                        Rakyat Semasa Pendudukan Jepun, Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita,
                        Persekutuan Tanah Melayu 1948 serta Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat
                        1948. Tajuk ketiga ialah Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibahagikan
                        kepada empat bahagian, iaitu Usaha ke Arah Kemerdekaan, Pilihan Raya, Perlembagaan
                        Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu.
                            Kandungan yang disediakan dalam buku teks ini juga menekankan kepelbagaian
                        teknik pembelajaran dan pengajaran seperti kemahiran teknologi maklumat dan
                        komunikasi, kajian masa depan, kontekstual serta mengaplikasikan Kemahiran Abad
                        Ke-21. Terdapat juga aktiviti Kemahiran Pemikiran Sejarah dan program Inspirasi
                        Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) agar murid dapat memahami sesuatu peristiwa
                        bersejarah dengan lebih mendalam. Akhirnya, murid diharap dapat menghayati sejarah
                        secara empati bagi membentuk jiwa patriotik dan kritis. Dalam membudayakan
                        Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka penyampaian kandungan, aktiviti,
                        latihan dan penilaian turut dipersembahkan dalam bentuk grafik dan peta pemikiran
                        yang sesuai.

















                     vi vi vi
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11