Page 103 - SEJARAH T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 103

Deepavali

                                                •  Disambut pada bulan Aippasi mengikut kalendar
                                                   masyarakat Hindu.
                                                •  Perayaan ini menandakan kecerahan mengatasi
                                                   kegelapan atau kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
                                                   Ketika perayaan, penganutnya akan menghias rumah
                            Thaipusam              dengan “kolam” dan menyalakan pelita.
                   •  Thaipusam diraikan pada bulan ke-10 kalendar
                     masyarakat Hindu yang jatuh pada bulan penuh
                     antara akhir Januari hingga awal Februari.
                   •  Bagi pembayar niat, mereka membawa persembahan
                     kepada Dewa Murugan sebagai tanda terima kasih
                     atau meminta hajat lain.
                                                Hari Gawai
                                        •  Disambut oleh kaum Dayak, Iban dan Bidayuh pada 1 Jun
                                           setiap tahun.
                                        •  Perayaan ini untuk menunjukkan tanda kesyukuran terhadap
                                           hasil tani yang diperoleh. Semasa perayaan ini, persembahan
                                           ngajat turut diadakan di dalam rumah panjang.
                                                Pesta Kaamatan

                   •  Disambut oleh kaum Kadazandusun dan Murut pada bulan
                     Mei setiap tahun.
                   •  Pesta ini disambut oleh golongan petani bagi mensyukuri hasil
                     tuaian. Semasa pesta berlangsung, diadakan upacara ritual
                     Magavau oleh Bobohizan. Tarian sumazau dan pertandingan
                     Unduk Ngadau diadakan bagi memeriahkan sambutan.
                                             Krismas

                                          •  Disambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember
                                             setiap tahun.
                                          •  Perayaan ini diraikan bersempena dengan memperingati
                                             hari kelahiran Jesus Christ. Pemberian hadiah dan nyanyian
                                             karol dari rumah ke rumah memeriahkan perayaan ini.

                                                                    Trade a Problem
                                                      1.  Bina tiga kumpulan dalam kelas anda.
                     gl o s a r i                     2. Satu kumpulan membuat perbandingan
                     glosari
                     Karol merupakan                     tentang sambutan perayaan yang terdapat
                     nyanyian gembira                   di negara kita.
                     atau puji-pujian,                3. Senaraikan perbandingan ini dan kemudian
                     terutamanya semasa                  dihantar kepada kumpulan lain untuk mendapatkan
                     perayaan hari Krismas.              penjelasan. Hasil penjelasan dibentangkan.

                                                                                                        95
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108