Page 14 - SEJARAH T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 14

Sebab-sebab Pembentukan Malaysia

                  Terdapat beberapa sebab pembentukan Malaysia. Antaranya termasuklah untuk
                  menjamin keselamatan negara, mencapai keseimbangan kaum, mempercepat
                  kemerdekaan dan membangunkan sosioekonomi.



                          Menjamin Keselamatan                       Mencapai Keseimbangan
                                   Negara                                        Kaum




                      • Singapura menghadapi                       • Penggabungan Persekutuan
                         ancaman komunis yang boleh                   Tanah Melayu dengan
                          menggugat keselamatan                        Singapura sahaja akan
                           Persekutuan Tanah Melayu.                    menyebabkan berlaku
                                                                        ketidakseimbangan
                           • Selain Singapura, Sarawak
                             turut berhadapan dengan                       antara kaum.
                              ancaman komunis.







                            • Ancaman komunis                           • Penggabungan Persekutuan
                             dapat dibendung melalui                     Tanah Melayu dengan
                            pembentukan Malaysia.                        Sarawak, Sabah dan Brunei
                           Persekutuan Tanah Melayu                     menjadikan bilangan
                          mempunyai pengalaman bagi                    penduduk seimbang
                         menghadapi ancaman komunis.                  antara kaum.






                  Sumber: Mohd bin Samsudin, 2016. Persekutuan Malaysia 1961-1966: Penubuhan
                  dan Cabaran. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

                        pak-21 0DQJNXN ,NDQ (PDV  *ROGÀVK %RZO
                        1. Bentukkan empat kumpulan mengikut sebab-sebab pembentukan Malaysia.
                        2. Setiap kumpulan akan mencari maklumat tambahan mengikut tajuk,
                           sebab dan faedah yang diperoleh.
                        3. Bincangkan kepentingan menghargai jasa pemimpin dan kebijaksanaan
                           pemimpin. Bentangkan dapatan masing-masing.



                                                                                                  K10.1.6
                   6
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19