Page 33 - SEJARAH T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 33

Kelantan

                                       •  Nama Kelantan dikatakan berasal daripada perkataan “kilatan”,
                                          iaitu cahaya terang yang dilihat oleh masyarakat Melayu Patani.
                                          Perkataan kilatan ini lama-kelamaan menjadi Kelantan.
                                       •  Nama Kelantan juga bersempena dengan nama pokok “gelam
                                          hutan” atau “kelam hutan” yang ditemukan di pesisir pantai negeri
                                          Kelantan dahulu.
                                       Sumber: Arba’iyah Mohd Noor. “Perkembangan Pendidikan Islam di Kelantan” dlm.
                                       Malaysia Dari Segi Sejarah (Malaysia In History), Vol. 36, hlm. 68-83, 2008.
                       Sarawak

                     •  Nama Sarawak dikaitkan dengan Sungai Serak. Nama ini
                       lama-kelamaan berubah menjadi Sungai Sarawak bersempena
                        dengan sejenis galian bijih yang disebut sarawak.
                     •  Terdapat juga pendapat yang mengatakan nama Sarawak
                        diambil daripada panggilan Portugis yang dikaitkan dengan
                        “cerava”, iaitu sejenis logam antimoni.
                     Sumber: S. Baring Gould, 2019. A History of Sarawak. Kuala Lumpur: Silverfish Books.

                                               Sabah

                                            •  Nama Sabah dikaitkan dengan “pisang saba” yang
                                               banyak ditanam di pantai barat Sabah sebagai
                                               sumber makanan.
                                            •  Nama Sabah juga tercatat dalam dokumen sejarah
                                               bertajuk “Maharajah of Sabah” pada tahun 1877.
                                            Sumber: P. J. Rivers. “The Origin of ‘Sabah’ and A Reappraisal of Overbeck
                                            as Maharajah” dlm. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic
                                            Society Vol 77. No 1 (286), 2004.
                      tahukah anda
                         • Wilayah Persekutuan terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
                           Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
                         • Nama Kuala Lumpur dikaitkan dengan muara sungai yang dipenuhi
                           lumpur akibat kegiatan melombong bijih timah di Sungai Gombak dan
                           Sungai Klang.
                         • Nama Labuan dikatakan berasal daripada perkataan “labuhan” yang
                           bermaksud tempat persinggahan kapal.
                         • Nama Putrajaya bersempena dengan nama Tunku Abdul Rahman Putra,
                           manakala jaya bermaksud kemenangan atau menuju ke puncak.


                    Terdapat pelbagai sumber tentang asal usul nama negeri di dalam negara kita.
                    Apabila mengenali nama-nama ini, kita akan lebih berasa bangga akan warisan
                    alam yang sering dikaitkan dengan nama sesuatu tempat.



                         10.2.1
                                   Bimbing murid mengenali asal usul nama negeri-negeri di Malaysia, terutama   25
                                   daripada sumber lisan dan sumber tulisan.
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38