Page 91 - SEJARAH T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 91

Terdapat masyarakat Bajau yang masih
                     menjalankan upacara Ngeduang.
                     • Melalui upacara Ngeduang ini keluarga si
                       mati menjamu makanan kepada tetamu
                       sebagai sedekah. Upacara ini diamalkan
                       di bahagian pantai barat Sabah (Kota Belud).
                     • Etnik Bajau di bahagian pantai timur (Semporna)
                       pula mengadakan upacara Mag’ombo.
                     • Mag’ombo bermaksud menghargai dan
                       menghormati warisan turun-temurun
                       daripada nenek moyang agar kehidupan                  Upacara Ngeduang.
                                                                             Sumber: Nandra Hitong,
                       mereka dirahmati.                                     Penyelidik Masyarakat Bajau.











                                                          Terdapat masyarakat Kadazandusun yang
                                                          mempercayai Kinorohingan.
                                                          •  Kinorohingan merupakan Tuhan untuk
                                                             meminta sesuatu seperti keselamatan
                                                             dan perlindungan.
                                                          •  Mereka juga percaya akan semangat
                                                             padi dengan menjalankan upacara
                                                             Magavau (Maga’au).
                                                          •  Upacara diketuai oleh ketua bomoh
                    Upacara Magavau
                    (Maga’au) semasa Pesta                   yang dikenali sebagai Bobohizan.
                    Kaamatan di Sabah.
                    Sumber: Kadazandusun Cultural
                    Association.

                    Semua agama dan ajaran yang diamalkan oleh rakyat Malaysia menuntut
                    penganutnya supaya sentiasa melakukan perkara yang baik. Masyarakat
                    yang memahami dan menghormati agama serta budaya kaum lain akan
                    menjamin kehidupan yang aman dan sejahtera. Selain itu, masyarakat perlu
                    memahami kepentingan agama dan kepercayaan dalam kehidupan harian.





                             11.2.1
                                        Bimbing murid memahami kepelbagaian kepercayaan yang terdapat   83
                                        di Malaysia.
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96