Page 236 - Sejarah Tingkatan 1
P. 236

Biodiesel







                              1.  Baca bahan dan senaraikan kosa kata yang ditemukan. Kemudian,
                                 cari maksud kosa kata tersebut.
                              2.  Kenal pasti masalah yang dihadapi. Kemudian, cadangkan idea yang
                                 bernas dan rasional bagi mengatasi masalah tersebut.
                              3.  Cadangkan usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi memperluas
                                 penggunaan biodiesel di Malaysia.


                                                       Kenali B10


                   Tahukah anda, apakah yang dikatakan biodiesel? Biodiesel ialah biobahan api alternatif
                   yang digunakan sebagai pengganti bahan bakar, iaitu diesel dan petroleum. Biodiesel ialah
                   bahan api diesel yang berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan setelah melalui proses
             TEMA 15  kimia di loji biodiesel. Biodiesel yang terhasil daripada minyak sawit dikenali sebagai Palm
                   Methyl Ester (PME).  Di Malaysia, PME ini diadun dengan petroleum diesel bagi membentuk
                   campuran biodiesel dengan bahan api.


             Angin Perubahan Membadai
















                         Minyak Sawit     Minyak Sawit      Loji Biodiesel         PME
                           Mentah           diproses
                                                          Tangki Simpanan      Tangki
                                                          Petroleum Diesel    Simpanan
                                                                              Biodiesel


                                                                  Depoh Petroleum
                                  Stesen Minyak              Biodiesel dan petroleum diesel diadun
                                                                secara in-line di dalam pipeline
                      Kebanyakan negara menggunakan sistem yang dikenali sebagai faktor  “B” bagi
                   menyatakan jumlah biodiesel dalam sebarang campuran bahan api. Bahan api yang
                   mengandungi 5% biodiesel dilabelkan sebagai B5. Jika mengandungi 10%,  biodiesel ini
                   dilabelkan sebagai B10. Biodiesel tulen dilabelkan sebagai B100.

                 214                                                                                                                                                                                                 215
   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241