Page 42 - 2020 SK T5 Sains Part2
P. 42
PENGELUAR DAN PENGGUNA
Mari kita kenal pasti pengeluar dan pengguna berdasarkan rantai
makanan dalam habitat paya bakau.
Masihkah kamu ingat tentang proses fotosintesis?
Tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanannya
sendiri dengan kehadiran cahaya matahari. Oleh
itu, tumbuh-tumbuhan ialah pengeluar. ZAKI
Cikgu, bolehkah hidupan
lain menjadi pengeluar?
Tidak boleh. Tumbuh-tumbuhan hijau ZAKI
sahaja yang boleh menjalankan
proses fotosintesis. Daripada manakah
tumbuh-tumbuhan mendapat tenaga?
Tumbuh-tumbuhan mendapat tenaga daripada cahaya matahari.
Seterusnya, cahaya matahari menjadi sumber tenaga kepada
tumbuh-tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis.
Betul. Dapatkah kamu kenal pasti pengeluar
dan pengguna dengan menggunakan contoh
hidupan lain di paya bakau?
ZAKI
77
3.3.2

