Page 111 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 111
Kewujudan Tekanan Udara
Tujuan: Memerihalkan kewujudan tekanan udara
Aktiviti 1
Alat dan bahan: cawan kaca, kad tebal, air
Langkah-langkah:
1. Lakukan aktiviti ini berdekatan dengan singki.
2. 3. 4.
Isi cawan kaca Tutup cawan kaca Terbalikkan cawan
dengan air dengan kad tebal. dengan kad tebal.
sehingga penuh. Pegang kad tebal Kemudian, alihkan
supaya sentiasa tangan dari kad
menutup cawan kaca. tebal secara
5. Lakarkan pemerhatian kamu. perlahan-lahan.
Soalan:
1. Apakah pemerhatian kamu? Mengapa?
2. Lukis anak panah arah tekanan udara bagi aktiviti di atas.
3. Apakah kesimpulan kamu bagi aktiviti ini?
Aktiviti 2 Berhati-hati ketika
menggunakan
Alat dan bahan: pin penebuk, botol plastik, air pin penebuk.
Langkah-langkah:
1. Lakukan aktiviti ini berdekatan dengan singki.
2. Isi botol plastik dengan air sehingga penuh
dan tutup botol dengan ketatnya.
3. Tebuk tiga lubang A, B dan C di sebelah bawah botol, D
dan satu lubang D di sebelah atas botol seperti gambar.
4. Cabut pin penebuk di lubang A, B dan C. Perhatikan
apa yang berlaku.
5. Kemudian, cabut pin penebuk di lubang D dan perhatikan
apa yang berlaku.
Soalan: A B C
1. Apakah pemerhatian kamu? Mengapa?
2. Lukis anak panah arah tekanan udara bagi aktiviti di atas.
3. Apakah kesimpulan kamu bagi aktiviti ini?
6.3.1,
6.3.4 103

